BANTUANBWEJKM

Bantuan BWE 2023 : Panduan Cara Permohonan

Bantuan BWE 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk sedia maklum, bantuan khas ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini.

BANTUAN BWE 2023

Program skim bantuan warga emas (BWE) ini adalah bantuan yang diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih dilaksanakan pada tahun ini untuk golongan yang kurang berkemampuan. Kepada pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM500 sebulan.

Pihak JKM dibawah kementerian pembangunan waniata, keluarga dan masyarakat akan menguruskan sepenuhnya bantuan BWE ini. Tujuan utama perlaksanaan inisiatif khas ini bagi membantu mereka yang berkelayakan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti.

KADAR BANTUAN

Bagi pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM500, pemberian akan diberikan secara setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, berikut telah disediakan syarat kelayakan bantuan bwe 2023 yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin per kapita semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian (kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan percuma)
  • Bagi mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan melalui kelulusan KPKM.

DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak dan ahli yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan (jika ada)
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

PANDUAN CARA PERMOHONAN

Kepada yang berkelayakan atau mempunyai ahli keluarga yang merupakan warga emas yang memerlukan, permohonan boleh dilakukan. Panduan cara permohonan telah disediakan di laman rasmi BWE JKM – DI SINI

Anda boleh semak dengan teliti syarat kelayakan dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan BWE ini, sila hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan warga emas ini, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan menerusi JKM pada tahun ini untuk mereka yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button