MySARA : Bantuan RM100 Sebulan Dikreditkan Dalam MyKad
MySARA : Bantuan RM100 Sebulan dikreditkan dalam Mykad selama 6 bulan sehingga Disember tahun ini. Bagi pengetahuan umum, pemberian inisiatif khas ini diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak tanpa perlu mohon.
MYSARA : BANTUAN RM100 SEBULAN
Pada pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif tambahan berbentuk bantuan bakul. Program bantuan dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar jumlah RM600.
Pemberian bantuan khas ini akan dikreditkan ke dalam Mykad setiap bulan RM100 bermula Julai sehingga Disember nanti. Bagi penerima yang menetap di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima jumlah RM600 secara sekaligus pada bulan Ogos lalu.
OBJEKTIF BANTUAN MYSARA RM100 SEBULAN
Perlaksanaan insiatif tambahan ini adalah bertujuan membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Selain itu secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai di kalangan masyarakat selaras dengan kemajuan pada masa ini.
Dengan adanya bantuan istimewa SARA ini, mereka yang layak boleh menggunakan insentif ini dengan membeli barangan keperluan asas. Individu hanya perlu menggunakan kad pengenalan (Mykad) untuk membeli barang asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar di seluruh negara.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA
Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program bantuan tambahan MySARA RM600 seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan
- Tersenarai dalam data maklumat ekasih (Boleh membuat semakan)
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, semakan sama ada layak atau tidak boleh dilakukan secara online. Untuk semak status kelayakan, sila layari laman web rasmi MySARA Kasih – DI SINI
Jika layak, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan dan anda boleh menggunakan manfaat yang disediakan tersebut sehingga Disember.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.