BANTUANePemulaeWallet

Bantuan Kredit Ewallet Sebanyak RM100 & RM200

Bantuan kredit ewallet ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun sebelum ini. Atas dasar prihatin, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan inisiatif khas e-pemula pada tahun ini. Perkara ini telah diumumkan pada sidang pembentangan BAJET 2023.

INSENTIF E-PEMULA 2023

Untuk makluman, bantuan kredit ewallet ini akan terus dilaksanakan pada tahun ini. Lebih menarik, kadar bayaran bantuan telah dinaikkan daripada RM150 kepada RM200. Bukan itu sahaja, pada kali ini kumpulan M40 juga akan terlibat dengan bantuan ewallet sebanyak RM100 manakala B40 RM200.

Program bantuan ini diteruskan kerana ia masih relevan dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai atau cashless untuk golongan belia. Insentif ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira seramai 10 juta golongan belia dan m40 pada tahun ini.

SENARAI PENERIMA YANG LAYAK

Di bawah telah disediakan senarai penerima yang layak mendapatkan bantuan e-pemula ini seperti berikut :

  • Bantuan e-pemula (Belia) : Kumpulan belia yang berumur 18 sehingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa untuk 21 tahun keatas
  • Bantuan e-pemula (M40) : Golongan M40 yang memperolehi pendapatan tahunan dibawah MR100,000 pada tahun ini.

KADAR INSENTIF E-PEMULA 2023

Perlaksanaan bantuan ewallet ini bagi menyemarakkan budaya pembayaran tanpa tunai (cashless) kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia b40 dan m40. Kadar insentif ini diberikan sebanyak RM100 kepada golongan M40 dan RM200 untuk golongan B40.

CARA DAPATKAN INSENTIF E-PEMULA 2023

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah melaksanakan bantuan ewallet ini pada suku pertama tahun lalu. Namun bagi tahun 2023, pihak kerajaan masih belum mengumumkan bagi maklumat cara tebus dan permohonan bantuan ini.

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan kredit ewallet percuma ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada insentif khas e-pemula ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk tunai untuk rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button