BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Bantuan Tunai RM900 Akan Dikreditkan Kepada B40

MySTR : Bantuan Tunai RM900 akan dikreditkan kepada golongan kategori isi rumah B40 tidak lama lagi. Bagi pengetahuan umum, Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan pada tahun 2023.

MYSTR : BANTUAN TUNAI UNTUK RAKYAT

Seperti sedia maklum pada sidang Belanjawan tahun ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan kepada rakyat. Inisiatif MySTR atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah ini dibayar secara berperingkat.

Jumlah bayaran STR adalah sehingga RM2,500 tambahan SARA RM600 kepada kategori miskin. Kategori yang terlibat dalam pembayaran STR adalah bujang, warga emas dan isi rumah B40 dan M40.

Pembayaran dijalankan secara melalui 4 fasa dan sehingga hari ini bayaran STR fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telah selesai dikreditkan. Kini berbaki pemberian STR fasa 4 sahaja yang akan diagihkan tidak lama lagi pada bulan November nanti.

BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR RM900

Kepada penerima sedia ada yang telah mendapat bayaran bantuan tunai STR dari fasa 1 sehingga fasa 3. Berikut adalah kadar yang akan diterima pada fasa keempat mengikut kategori seperti di bawah :

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : RM600
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM900
  • Mempunyai anak (5 keatas) : RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN DIBAWAH RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM300
  • Mempunyai anak (5 keatas) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • Tiada bayaran (RM0)

Info : Maklumat diatas adalah kadar bayaran yang akan dibayar kepada penerima sedia ada. Bagi penerima STR tidak lulus semasa fasa ketiga, jika rayuan telah dilakukan dan lulus, baki bayaran akan dibayar pada fasa akhir nanti.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR

Dibawah adalah jadual rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa yang telah ditetapkan.

  • STR Fasa 1 : Januari 2023
  • STR Fasa 2 : April 2023
  • STR Fasa 3 : Jun 2023
  • STR Fasa 4 : November 2023

Untuk semak status bayaran mengikut fasa, anda boleh check secara online. Untuk semak, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button