BANTUANKerajaan

Senarai Bantuan Rakyat Melalui Belanjawan 2023

Senarai bantuan rakyat melalui sidang Belanjawan 2023 telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia. Untuk makluman, terdapat beberapa inisiatif baru telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan terutama bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

SENARAI BANTUAN RAKYAT 2023

Beberapa jenis bantuan telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Dengan tema membangun Malaysia MADANI, belanjawan tahun 2023 akan memastikan langkah yang mampan dan terangkum. Berikut adalah senarai bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Untuk sedia maklum, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 telah disalurkan pada Januari lalu. Beberapa pembaharuan dan penambahan telah diumumkan untuk golongan B40 seperti berikut :

  • Bantuan tambahan bernilai RM600 untuk kategori isi rumah (keluarga) penerima STR termiskin mengikut data e-kasih (bantuan berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas)
  • Sumbangan bakul rahmah sehingga RM3,100
  • Kategori isi rumah yang berpendapatan dibawah RM2,500 layak menerima sumbangan bergantung kepada bilangan tanggungan anak.

Untuk semak kemaskini STR, sila rujuk pada laman rasmi kerajaan – DI SINI

KREDIT E-TUNAI BELIA RAHMAH

Bantuan khas ini telah diumumkan oleh kerajaan, golongan belia akan menerima manfaat bernilai RM200 setiap seorang. Insentif ini boleh ditebus dalam bentuk ewallet.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Pihak kerajaan juga telah umumkan bantuan khas kewangan sempena aidilfitri. Kadar bantuan adalah sebanyak RM350 untuk pesara kerajaan, manakala RM700 untuk penjawat awam Gred 56 dan kebawah. Pembayaran akan disalurkan pada April nanti.

BANTUAN TANGGUNG UJIAN LESEN MEMANDU

Bantuan khas ini turut diumumkan, melalui program ini kerajaan bersetuju untuk menanggung kos ujian memandu motorsikal kelas 2 dan lesen bas, teksi serta e-hailing pada tahun ini.

BAYARAN PINJAMAN PTPTN

Kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik bagi peminjam PTPTN yang mempunyai pendapatan dibawah RM1,800 untuk tempoh maksimum 6 bulan. Bermula 1 Mac 2023 permohonan boleh dilakukan dan diskaun bayaran balik PTPTN juga disetujui oleh kerajaan sehingga 20 peratus bermula 1 Mac nanti.

TAMBAHAN RM500 UNUTUK CARUMAN KWSP AKAUN 1

Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP akaun 1 berjumlah RM500. Insentif ini bagi ahli yang berumur 40 hingga 55 tahun dengan jumlah simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun 1.

INFO LANJUT

Selain senarai bantuan rakyat yang diumumkan melalui belanjawan, pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diberikan terutama golongan b40 dan miskin. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon SEMAK DISINI untuk info maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button