AidilfitriBANTUANi-Fitri

Bantuan I-Fitri 2023 : Semak Kelayakan

Bantuan i-fitri 2023 adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri bagi membantu rakyat dalam persiapan raya aidilfitri. Untuk makluman umum, pemberian bantuan khas ini akan melibatkan kira-kira 148,700 penerima yang akan menerima bantuan raya.

BANTUAN I-FITRI 2023

Bantuan khas ini diberikan sempena sambutan raya tahun ini, permohonan dibuka kepada warga negeri Terengganu. Kepada golongan berpendapatan bulanan dibawah RM2,500 layak untuk mendapatkan insentif khas RM300 secara one-off ini.

permohonan bantuan i-fitri RM300 ini dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Mac 2023. Diharapkan dengan adanya pemberian bantuan ini dapat meringankan persiapan bagi menyabut bulan syawal yang bakal tiba.

Terdapat satu lagi bantuan yang masih dibuka untuk permohonan iaitu i-fitri perantau. Permohonan masih dibuka sehingga 20 April 2023, sila rujuk maklumat ringkas panduan permohonan disediakan dibawah.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN I-FITRI PERANTAU

Berikut telah disediakan syarat utama kelayakan bantuan i-fitri perantau seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan rakyat negeri Terengganu yang menetap di luar negeri
  • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu
  • Individu yang ingin memohon perlu isi terlebih dahulu maklumat diri dalam sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila lampirkan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon dan ahli keluarga
  • Salinan penyata gaji atau slip pencen atau surat akuan pendapatan bagi yang bekerja sendiri
  • Salinan bil utiliti (bil airi atau elektrik)
  • Salinan surat akuan permastautin

SEMAKAN PERMOHONAN

Semakan permohonan sama ada lulus atau tidak, pemohon boleh menyemak terus secara atas talian (online). Sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI

Kepada yang berkelayakan anda disarankan membuat permohonan, pembayaran akan diagihkan bermula 17 April 2023.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan i-fitri 2023, terdapat bantuan lain yang telah dilaksanakan pada tahun ini oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu mereka yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button