BANTUANKerajaanPenghargaan

Bantuan Khas RM300 Akan Dikreditkan Pada Minggu Hadapan

Bantuan khas RM300 akan mula dikreditkan pada minggu hadapan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman, pemberian bantuan khas penghargaan akan dibayar pada tarikh 10 Ogos 2023 bersamaan hari khamis.

BANTUAN KHAS RM300 & RM200

Pada sidang majlis peluncuran ekonomi Madani memperkasa rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan satu lagi inisiatif yang dikenali sebagai bantuan khas penghargaan (BKP).

Menerusi insentif tambahan ini, mereka yang berkelayakan akan menerima secara one-off bantuan RM200 dan RM300 ke dalam akaun bank. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat pada tahun ini.

SENARAI PENERIMA

Untuk sedia maklum, bantuan khas RM300 dan RM200 ini tidak dibuka sebarang permohonan. Ia diberikan secara automatik kepada mereka yang berkelayakan mengikut kategori seperti di bawah :

  • Golongan penjawat awam yang mempunyai gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak : RM300
  • Pesara kerajaan termasuk penerima pencen terbitan, pesara berpencen, pesara KWSP, pesara bersara pilihan, veteran berpencen dan belum pencen : RM200

Perlaksanaan bantuan khas penghargaan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penjawat awam dan 1 juta lebih pesara kerajaan.

TARIKH RASMI BAYARAN

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan khas ini akan diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima. Tarikh rasmi bayaran adalah pada 10 Ogos 2023 (Khamis).

KREDIT ETUNAI PERCUMA

Terdapat satu lagi inisiatif yang telah dilancarkan oleh kerajaan iaitu bantuna etunai RM200. Kerajaan telah menawarkan bantuan ebelia rahmah bernilai RM200 setiap seorang yang layak.

Bantuan khas ini boleh ditebus sehingga tarikh tutup 22 Ogos dan amaun yang diterima sebanyak RM200 perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

Insentif ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan mahasiswa sepenuh masa tanpa mengira had umur. Kepada mereka yang berkelayakan dan masih belum tebus, anda boleh mohon dan tuntut kredit percuma di laman rasmi eBeliaRahmah – DI SINI

INFO LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan golongan B40 dan miskin.

Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button