BANTUANRUMAH

Program Rumah Pertama Mampu Milik Untuk Keluarga Malaysia B40

Bagi makluman umum, sehingga tahun 2022 anda masih boleh memohon Perumahan Mampu Milik terutama kepada yang sedang mencari rumah pertama untuk didiami. Program ini terdiri seperti PPR, rumah MyHome dan rumah transit. Anda boleh membuat permohonan program perumahan yang telah disediakan melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau lebih dikenali sebagai SPRN.

Untuk makluman, TEDUH adalah merupakan sebuah Portal yang bertujuan sebagai untuk perkongsian maklumat dan fungsi sebagai carian berkenaan projek-projek dan program perumahan awam serta swasta di dalam Malaysia.

Salah satu modul yang terdapat dalam portal TEDUH adalah sistem pengurusan perumahan negara (SPRN) yang berfungsi sebagai pintu “One Stop Centre” bagi perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara – KPKT.

Syarat Kelayakan

Untuk sedia maklum, syarat utama kelayakan pemohon wajib merupakan Warga negara Malaysia yang sah. Syarat lain adalah berbeza mengikut skim program perumahan pilihan anda.

Cara Daftar Secara Online

  • Sila membuat pendaftaran secara online, layari Portal Rasmi SPRN – DI SINI
  • Tekan “Daftar Akaun”
  • Seterusnya, sila masukkan nama, nombor kad pengenalan dan e-mel yang masih digunakan
  • Tekan butang DAFTAR dan sila semak e-mel untuk pengesahan.

Program Perumahan Di Bawah SPRN

  • Program Skim Rumah PPR
  • Program Skim MyHOME
  • Program SPP
  • Program Skim Rumah Transit

Cara Membuat Permohonan

Bagi makluman semua, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (Online). Pihak KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

Langkah permohonan adalah seperti berikut :

  1. Pendaftaran akaun di portal Rasmi SPRN
  2. Sila Log Masuk dan pilih skim Perumahan pilihan anda
  3. Isi maklumat pemohonan
  4. Pilih Projek
  5. Sediakan dokumen sokongan
  6. Pengesahan
  7. Selesai.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Program Rumah Mampu milik ini, anda boleh ke laman rasmi TEDUH – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan terutama melibatkan bantuan berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button