BANTUANJKM

Bantuan Khas Sehingga RM1000 Mula Dikreditkan

Bantuan khas sehingga RM1000 mula dikreditkan ke akaun pemohon yang layak bagi pembayaran bulan Februari 2023. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan beberapa inisiatif dalam skim bantuan kebajikan.

SENARAI BANTUAN JKM BULAN FEBRUARI

Untuk makluman, terdapat beberapa jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang boleh dimohon dan diberikan kepada yang layak setiap bulan. Kadar bantuan yang disediakan JKM adalah dari RM150 sehingga RM1,000 sebulan.

Bayaran yang akan diterima bergantung kelayakan permohonan individu atau keluarga yang memohon. Berikut adalah senarai penerima bantuan khas sehingga RM1000 bulan ini.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Insentif untuk golongan warga emas ini diberikan kepada rakyat yang berumur 60 tahun dan keatas. Perlaksanaan bantuan ini bagi membantu warga emas yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

Kadar bantuan telah dinaikkan sebanyak RM500 kepada pemohon yang layak pada tahun ini. Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang merupakan warga emas yang memerlukan, permohonan boleh dilakukan, sila semak syarat dan panduan permohonan di laman utama BWE – DI SINI

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Program skim bantuan kanak-kanak ini juga disediakan oleh pihak JKM untuk keluarga Malaysia yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah. Kadar bantuan yang diterima oleh pemohon yang layak adalah bernilai RM150 untuk kategori anak berumur 7 hingga 18 tahun.

Manakala RM200 untuk anak berumur 6 tahun kebawah. Jumlah bantuan BKK maksimum yang boleh didapatkan oleh 1 keluarga adalah sebanyak RM1,000 sebulan. Untuk semak cara mohon bantuan BKK, sila ke portal rasmi JKM – DI SINI

SENARAI BANTUAN LAIN

Selain daripada 2 bantuan diatas, terdapat bantuan lain yang disediakan dalam skim bantuan kebajikan JKM seperti berikut :

  • Bantuan AM persekutuan
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan Anak Peliharaan
  • Elaun pekerja OKU.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023 kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button