BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmahTarikh Pembayaran

Sumbangan Tunai Rahmah 4 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Sumbangan Tunai Rahmah 4 atau pembayaran STR fasa 4 akan mula diberikan pada bulan November 2023 kepada semua penerima. Untuk makluman, ini adalah pemberian bantuan tunai STR fasa terakhir yang akan diagihkan pada tahun ini kepada rakyat tempatan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 4

Seperti sedia maklum, pembayaran sumbangan tunai rahmah 4 hanya akan melibatkan 2 kategori utama iaitu warga emas dan isi rumah. Bagi kategori bujang, bayaran diberikan sehingga fasa 3 sahaja.

Pemberian STR fasa 1 sehingga fasa 3 telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023. Kini hanya tinggal pembayaran bagi fasa keempat sahaja akan dibayar pada hujung tahun nanti.

JADUAL BAYARAN & KATEGORI LAYAK

Jadual bayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 4 akan mula dikreditkan pada bulan November 2023.

Kategori layak menerima bayaran fasa akhir STR adalah seperti berikut :

  • Isi rumah (Berkeluarga)
  • Warga Emas (Sebatang Kara)

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah kadar bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG (21-59 TAHUN)

  • RM0 (Tiada bayaran)

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) – RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM900
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) – RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak – (RM0) Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) – (RM0) Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) – RM500

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200 seorang

STR TAMBAHAN (BANTUAN SARa) RM600

  • Kepada penerima sedia ada STR yang berstatus miskin tegar, mempunyai pendapatan tidak melebihi PGK. Layak menerima bantuan SARa RM600, semakan sama ada layak atau tidak boleh dilakukan di laman ekasih.

SEMAKAN STATUS STR

Kepada mereka yang terlibat boleh membuat semakan status STR secara atas talian. Sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan tunai STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan bakal diberikan pada suku keempat tahun ini. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas terutama kepada golongan B40 dan miskin.

Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan –SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button