Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am Persekutuan 2023 : Syarat kelayakan & Panduan Permohonan

Bantuan Am Persekutuan 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan dan dikendalikan sepenuhnya oleh JKM. Untuk makluman umum, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan berkelayakan untuk mendapatkan insentif khas.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2023

Terdapat 11 jenis inisiatif yang disediakan dalam program skim bantuan kebajikan, salah satunya adalah bantuan Am Persekutuan 2023. Bantuan khas ini ditawarkan kepada individu atau golongan yang memerlukan pada tahun ini dalam bentuk bantuan kewangan.

Ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan dari pihak JKM ini, skim bantuan kewangan ini diwujudkan sebagai tanda membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Manfaat yang boleh didapatkan kearah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan sebuah kaedah dalam kerja sosial.

KADAR BANTUAN 

Berikut adalah kadar bantuan yang ditawarkan kepada rakyat melalui bantuan am persekutuan 2023 seperti di bawah :

  • Jumlah kadar bayaran bantuan yang diberikan adalah minimum sebanyak RM100 sebulan untuk setiap yang layak
  • Jumlah maksimum yang boleh diterima untuk satu (1) keluarga adalah sebanyak RM350 sebulan

Nota : Untuk pengetahuan, kadar bayaran yang diberikan melalui skim bantuan ini adalah tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkanoleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dibawah telah dikongsikan maklumat kriteria syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon bantuan Ap persekutuan seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin per kapita semasa
  • Golongan yang memohon adalah merupakan kumpulan yang memerlukan dan bukan penerima mana-mana bantuan di bawah skim bulanan JKM yang lain

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada yang berkelayakan dan menepati syarat, permohonan bantuan am persekutuan JKM boleh dilakukan segera. Panduan permohonan lengkap telah disediakan di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini selain daripada bantuan am persekutuan, terdapat lebih banyak bantuan berbentuk kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantuk rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk informasi lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button