BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

SARA : Bantuan RM600 Dimasukkan Dalam MyKad Penerima STR

SARA : Bantuan RM600 telahpun mula dimasukkan ke dalam MyKad penerima STR yang layak secara berperingkat. Seperti sedia maklum, inisiatif tambahan ini telahpun diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023.

SARA : BANTUAN RM600

Pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Insentif ini diberikan secara percuma kepada penerima STR yang memerlukan tanpa perlu mohon.

Apa yang lebih menarik adalah insentif ini dikreditkan ke dalam MyKad setiap penerima secara setiap bulan selama tempoh 6 bulan. Pemberian telah bermula pada Julai sehingga Disember 2023 dengan kadar RM100 setiap bulan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA RM600

Untuk sedia maklum, terdapat 2 cara pemberian yang dijalankan bagi pemberian insiatif istimewa Sumbangan Asas Rahmah ini. Bagi penerima yang berada di kawasan negeri Sarawak, Sabah dan Labuan akan dikreditkan sekaligus RM600 pada bulan Ogos, manakala bagi penerima menetap di negeri-negeri semenanjung akan dikreditkan mengikut jadual seperti di bawah.

  • Bulan Julai : RM100
  • Bulan Ogos : RM100
  • Bulan September : RM100
  • Bulan Oktober : RM100
  • Bulan November : RM100
  • Bulan Disember : RM100

Info : Pemberian khas ini akan dikreditkan ke dalam Mykad dan amaun tersebut boleh digunakan dengan cara membeli barang keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA

Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berada dalam golongan kurang berkemampuan dan memerlukan. Anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini.

Semakan status kelayakan SARA boleh dilakukan secara online. Untuk semakan sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Di halaman tersebut sila tekan butang ‘Semak Status’ dan masukan maklumat peribadi yang diperlukan. Jika layak, maklumat anda akan dipaparkan menyatakan bantuan ini akan diberikan kepada anda.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan SARA, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button