BANTUANJKMKanak-kanak

Rasmi : Bantuan Kanak Kanak Untuk Keluarga Yang Memerlukan

Rasmi : Bantuan Kanak Kanak berjumlah sehingga RM1,000 sebulan kini boleh dimohon oleh golongan keluarga yang memerlukan. Seperti sedia maklum, bermacam agensi dibawah kerajaan telah menyediakan inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat.

RASMI : BANTUAN KANAK KANAK SEHINGGA RM1,000

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan sebuah insentif yang dikenali sebagai Bantuan Kanak kanak (BKK) menerusi skim bantuan kebajikan. Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini ditawarkan kepada isi rumah (keluarga) yang kurang berkemampuan dan mempunyai tanggungan anak.

Perlaksanaan bantuan khas bulanan ini masih diteruskan adalah bertujuan untuk membantu keluarga kepada anak yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Dengan adanya inisiatif istimewa BKK ini dapat membantu meringankan beban serta meneruskan kelangsungan hidup lebih selesa dalam tumbesaran dan pekembangan anak.

Bantuan ini disalurkan kepada pemohon yang layak setiap bulan selama setahun. Kadar bayaran minimum RM150 sehingga maksimum RM1,000 sebulan bagi seisi keluarga.

PECAHAN BANTUAN KANAK KANAK

Kadar bantuan BKK ini telah ditetapkan, pecahan bantuan mengikut kategori umur adalah seperti di bawah :

  • Anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Anak berumur 6 tahun dan ke bawah : RM200 seorang
  • Jumlah maksimum yang boleh didapatkan adalah hingga RM1,000 sebulan bagi satu keluarga.

KELAYAKAN BANTUAN KANAK KANAK

Terdapat beberapa jenis syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan insentif khas BKK ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Penjaga/ keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dibawah umur 18 tahun
  • Tanggungan anak yang berumur melepasi 18 tahun dan masih menuntut di peringkat menengah atas layak dimohon dan dipertimbangkan.

PANDUAN PERMOHONAN BKK

Kepada keluarga yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada BKK, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button