BANTUANPPRPPRTRUMAH

Cara Permohonan Rumah PPR Tahun 2023

Cara permohonan rumah PPR tahun ini bagi mereka yang kurang berkemampuan khususnya untuk golongan sasar bagi memiliki kediaman yang lebih selesa. Untuk makluman, perlaksanaan program perumahan rakyat termiskin ini adalah merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah mampu milik.

PROGRAM PPR TAHUN 2023

Bagi pengetahuan umum, rumah PPR terdiri daripada pelbagai jenis struktur perumahan seperti rumah teres satu tingkat, apartmen (pangsa) dan rumah berkembar. Semua projek rumah yang dibina dalam program PPRT memenuhi kualiti standard yang tinggi serta dilengkapi dengan peralatan asas utama seperti elektrik dan air.

Tujuan utama perlaksanaan inisiatif program rumah PPR ini adalah bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga yang berada dalam kumpulan miskin dan miskin tegar. Dengan cara membaik pulih atau membina rumah yang lebih selamat dan selesa dengan harga mampu milik.

CIRI-CIRI KEUTAMAAN PROGRAM PPR

Dibawah telah disediakan ciri-ciri keutamaan yang didahulukan bagi permohonan rumah PPRT seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada golongan ibu bapa tunggal (IBT) yang mempunyai tanggungan anak dan keluarga yang ramai
  • Golongan warga emas
  • Isi rumah berpendapatan rendah
  • Golongan orang kelainan upaya (OKU)
  • Mangsa bencana alam (berskala kecil)
  • Perlaksanaan program PPRT ini diutamakan kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tinggi.

JENIS KATEGORI RUMAH YANG DITAWARKAN

Terdapat 2 kategori yang ditawarkan dalam program PPRT seperti berikut :

BINA BARU RUMAH

Bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada golongan yang tidak mempunyai rumah yang didiami. Selain ini memiliki rumah sekarang yang terlalu usang dan tidak selamat untuk diduduki.

BAIK PULIH RUMAH

Untuk kategori baik pulih rumah akan melibatkan 3 elemen penting iaitu penyelenggaran, penambahbaikan dan requisition. Syarat kelayakan bagi baik pulih rumah adalah seperti berikut :

  • Bantuan ini akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah usang atau mempunyai kerosakan disebabkan punca daripada bencan dan masih layak untuk dibaiki.
  • Perlu mendapatkan surat kebenaran bagi kes bukan tapak sendiri (menumpang tapak tanah dari pemilik)

CARA PERMOHONAN RUMAH PPR

Sekiranya anda menepati kelayakan atau mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang layak untuk memohon bantuan rumah PPRT ini. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) atau secara manual.

Untuk cara permohonan rumah PPR telah disediakan, sila layari laman rasmi eSPKR – DI SINI

segala maklumat telah disediakan di laman tersebut. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian khas di 03-8000 8000 atau e-mel ke [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button