FSA2KWSP

FSA2 : Permohonan Pengeluaran KWSP RM10,000 Masih Dibuka

FSA2 : Permohonan Pengeluaran KWSP RM10,000 masih lagi dibuka kepada mereka (Ahli) yang memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman, ini merupakan sebuah inisiatif kemudahan pengeluaran yang diperkenalkan pada tahun ini.

FSA2 : PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

Tahukah anda, bermula 7 April lalu pencarum KWSP boleh kemukakan permohonan pengeluaran khas bersyarat fasa 1 FSA2. Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini telah dilaksanakan bermula tahun ini bagi memberi manfaat kepada ahli yang memerlukan.

Kemudahan pengeluaran FSA2 ini akan dilancarkan secara 2 fasa berperingkat, untuk fasa 1 telahpun dibuka permohonan sepanjang tahun ini kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun. Manakala maklumat berkenaan fsa2 fasa kedua akan dimaklumkan pada waktu yang akan diumumkan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 diperkenalkan adalah bertujuan membantu ahli untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Dengan adanya FSA2 ini membolehkan pencarum KWSP membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun. Permohonan pengeluaran ini dibuka sepanjang tahun ini dan boleh dimohon pada bila-bila masa selagi berkelayakan.

KADAR PENGELUARAN KWSP (FSA2) YANG DIBENARKAN

Seperti sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menetapkan kadar pengeluaran yang dibenarkan melalui FSA2 KWSP (Fasa 1). Jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off.

KRITERIA (SYARAT) KELAYAKAN PENGELUARAN

Terdapat beberapa syara-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon pembiayaan pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 ini seperti berikut :

  1. Ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia yang berumur 40 tahun hingga 55 tahun (Syarat fasa 1)
  3. Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  4. Mempunyai simpanan minimum dalam akaun 2 – RM3,000
  5. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  6. Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat yang sudah ditetapkan oleh pihak bank.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN

Bagi ahli/ pencarum KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan masih dibuka dan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – KLIK DISINI

Info : Bagi permohonan FSA2 KWSP fasa 1, institusi perbankan yang terlibat adalah MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan untuk membantu rakyat yang terjejas pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button