BANTUANBINGKAS

Bingkas : Senarai Penerima Bantuan RM300 Sebulan Tahun Ini

Bingkas : Senarai Penerima Bantuan berjumlah RM300 sebulan pada tahun ini terdiri daripada kumpulan B40 atau pendapatan RM3000 kebawah. Inisiatif khas ini merupakan sebuah bantuan untuk membeli barangan keperluan asas yang diberikan setiap bulan.

BINGKAS : SENARAI PENERIMA BANTUAN

Ramai yang mungkin tidak tahu sebenarnya terdapat sebuah inisiatif bantuan tambahan yang boleh dimohon pada tahun ini. Jika menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon dan dapat manfaat dari insentif yang diberikan secara percuma ini.

Program Bingkas atau bantuan kehidupan sejahtera ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum. Atas keprihatinan kerajaan negeri, bantuan istimewa ini terus dilaksanakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada isi rumah yang kurang berkemampuan.

Pihak kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30 ribu buah keluarga dengan kadar bantuan bernilai RM300 yang automatik diberikan setiap bulan. Dengan adanya insentif seperti ini dapat meringankan beban keluarga bagi membeli barang keperluan harian.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BINGKAS

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan khas berjumlah RM300 sebulan ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan dibawah RM3,000
  • Berada dalam kumpulan B40
  • Isi rumah yang mempunyai tanggungan di bawah umur 18 tahun
  • Lahir di Selangor atau telah menetap lebih daripada 10 tahun di negeri tersebut
  • Pemilih berdaftar

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS

Masih belum terlambat, permohonan secara online masih dibuka bagi sesi tahun ini kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi Bingkas – DI SINI

Kepada pemohon, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti salinan kad pengenalan diri (pemohon), pasangan, ahli keluarga yang tinggal bersama.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button