BANTUANSTR TambahanSumbangan Asas Rahmah

STR Tambahan : Bayaran RM600 Telah Dikreditkan Berperingkat

STR Tambahan : Bayaran RM600 Sumbangan Asas Rahmah telah mula dikreditkan berperingkat kepada penerima yang layak. Bagi makluman umum, pemberian inisiatif istimewa ini telah dilaksanakan bermula Julai 2023.

STR TAMBAHAN : BAYARAN RM600

Seperti sedia maklum, pada pembentangan Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah insentif tambahan yang diberikan kepada penerima STR. Pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai bantuan SARA ini diberikan secara automatik tanpa perlu mohon kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan.

Inisiatif berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas ini berjumlah RM600 yang diberikan secara pengkreditan ke dalam MyKad. Untuk makluman, terdapat 2 kaedah pemberian bantuan istimewa ini kepada penerima STR.

Bagi mereka yang berkelayakan yang menetap di negeri-negeri di semenanjung akan menerima insentif bantuan RM100 setiap bulan bermula Julai sehingga Disember 2023. Manakala kepada penerima yang menetap di Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan dapat bayaran RM600 sekaligus pada bulan Ogos.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas SARA ini adalah bagi meringankan beban mereka yang terjejas yang benar-benar memerlukan. Amaun yang diberikan berjumlah RM600 ini boleh digunakan di mana-mana pasaraya berdaftar untuk membeli barang keperluan asas harian.

KRITERIA KELAYAKAN STR TAMBAHAN RM600

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah RM600 ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR)
  • Pendapatan isi rumah dibawah (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan
  • Golongan memerlukan yang tersenarai dalam data e-kasih (Boleh membuat semakan)

SEMAK STATUS SARA BAYARAN RM600

Jika anda merupakan penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan SARA secara online. Untuk semakan, sila layari laman web rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Sekiranya berkelayakan, maklumat peribadi anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan status dilakukan dan anda boleh digunakan dengan beli barang keperluan menggunakan Mykad.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button