BANTUANTablet Percuma

Bantuan Tablet Percuma 2022 : Semakan Panduan Permohonan Untuk B40

Pada tahun ini, pelbagai jenis Inisiatif bantuan dari pihak kerajaan telah diperkenalkan dalam sidang Bajet 2022 dan sebahagian sudah dilaksanakan bermula Januari 2022. Ini sebahagian dari tujuan pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Informasi Bantuan Tablet 

Salah satu Inisiatif yang boleh anda mohon adalah bantuan Tablet Percuma 2022 dalam program yang dikenali sebagai ”Peranti Siswa Keluarga Malaysia”. Bantuan ini diberikan khusus kepada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari kalangan kumpulan B40 tahun ini.

Bantuan Tablet ini hanya diberikan kepada pelajar yang pendapat isi Rumah tidak melebihi RM 4,580 sebulan dan merupakan keluarga B40.

Untuk makluman, Program Inisiatif bantuan Tablet percuma ini akan di selia oleh sebuah unit dibawah Kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Bagi setiap peranti Tablet yang akan diberikan secara percuma kepada para pelajar yang layak turut akan dipastikan berkualiti dan setara dengan beberapa ciri khas khusus termasuk kapasiti minimum tidak kurang dari 4 RAM selain itu dibekalkan bersama aksesori tambahan lain seperti papan kekunci.

Tarikh Permohonan Bantuan Tablet

Menerusi Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di dewan rakyat, permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia 2022 akan mula dibuka pada pertengahan bulan April 2022 (Tahun ini).

Beliau turut berharap pelaksanaan Program Bantuan Tablet Percuma ini akan memberi manfaat kepada para pelajar IPT terlibat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran secara online (Atas talian), melayari laman sesawang untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada rakan dan ahli keluarga.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan tablet ini atau senarai bantuan yang telah diperkenalkan pada Bajet 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke portal rasmi – DI SINI

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan. Anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan. Sila ke Laman Utama yang telah disedikan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button