BANTUANLesen MemanduMyLesen

Program MyLesen B2 : Bantuan Lesen Memandu Percuma B40

Program MyLesen B2 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan lesen memandu percuma kepada golongan B40. Bagi pengetahuan umum, perlaksanaan program bantuan lesen ini juga termasuk salah satu insiatif yang telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023.

PROGRAM MYLESEN B2 2023

Perlaksanaan program mylesen B2 atau bantuan lesen memandu ini ditawarkan khas kepada golongan b40 yang memerlukan. Menerusi program bantuan ini, golongan yang berkelayakan bakal mendapatkan lesen memandu jenis motorsikal secara percuma.

Untuk makluman, kepada mereka yang layak menyertai program mylesen b2 akan ditanggung sepenuhnya kos dibawah belanjawan Madani. Inisiatif khas ini adalah merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi mengiktiraf dan menaiktaraf kehidupan B40 dengan cara membuka peluang bagi menjana pendapatan.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa jenis kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program Mylesen B2 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Mempunyai kesihatan cukup dari segi fizikal dan mental
  • Bebas dari senarai hitam – PDRM, JPJ dan Mahkamah
  • Belum pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu
  • Merupakan penerima bantuan kerajaan seperti – eKasih/ Zakat/ JKM/ Baitulmal/ JAKOA/ LHDN (Golongan B40)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon

Info : Kepad mereka yang berkelayakan memerlukan boleh melakukan permohonan bagi menyertai program khas ini. Golongan para belia amat memberi manfaat dengan adanya lesen memandu B2 dapat membantu menjana pendapatan pada masa akan datang.

PANDUAN SEMAKAN

Kepada peserta yang layak dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan dimaklumkan melalui pesanan surat dan emel. Untuk panduan lengkap semakan Program bantuan lesen memandu, sila layari laman rasmi MyLesen – DI SINI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program khas bantuan lesen memandu B2 ini. Sila hubungi talian khas agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia di – 03 8892 8714 atau 03 8892 8693 atau emel ke [email protected].

INFO LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai jenis insiatif berbentuk bantuan bagi meringankan kos sara hidup rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button