BANTUANBWEJKM

BWE 2023 : Bantuan Kewangan RM500 Sebulan

BWE 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM500 sebulan yang ditawarkan kepada golongan berkelayakan. Untuk sedia maklum, pada tahun ini pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

BANTUAN KEWANGAN BWE 2023

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM adalah merupakan agensi di bawah kerajaan yang menyediakan pelbagai jenis insentif untuk rakyat yang kurang bernasib baik. Salah satu program bantuan yang ada dalam skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon adalah bantuan warga emas (BWE).

Program khas ini diadakan adalah merupakan salah satu usaha kerajaan yang bertujuan membantu meringankan beban serta meneruskan kelangsungan hidup golongan warga emas yang memerlukan.

Bantuan BWE 2023 ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM dengan melibatkan kadar bantuan bernilai RM500 sebulan. Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun ini, di bawah disediakan maklumat berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bantuan BWE.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan BWE seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di sini
  • Individu yang ingin memohon adalah berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin per kapita semasa dan purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi di bawah kendalian pihak JKM dan pusat jagaan harian yang memyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma

KADAR BANTUAN 

Seperti sedia maklum, kepada pemohon yang layak akan ditawarkan bantuan BWE pada kadar RM500 sebulan.

Nota : Perlaksanaan program bantuan kebajikan adalah selaras dengan jadual antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3, jadual ke-9 senarai perundangan.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan boleh lakukan secara atas talian. Panduan lengkap permohonan telah disediakan di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah melancarkan pelbagai program bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button