BANTUANFASA 3STR

Bayaran STR Fasa Ketiga Dikreditkan Sehingga RM800 Mengikut Kategori

Bayaran STR fasa ketiga (3) akan dikreditkan sehingga RM800 bergantung mengikut kategori kelayakan penerima. Untuk makluman, pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 dan fasa 2 telah selesai dibayar dan kini hanya berbaki fasa 3 dan fasa 4.

BAYARAN STR FASA KETIGA

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran bantuan STR fasa seterusnya akan membabitkan 3 kategori utama penerima iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Apa yang lebih menarik, kadar bayaran fasa ketiga adalah lebih tinggi berbanding 2 pembayaran fasa sebelum ini.

Bagi penerima sedia ada dan pendaftaran baru, di halaman ini dikongsikan maklumat berkenaan bayaran STR fasa ketiga bagi pengetahuan umum. Di bawah telah disediakan informasi berkenaan jumlah bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori dan jadual bayaran fasa 3.

JUMLAH BAYARAN STR FASA KETIGA MENGIKUT KATEGORI

Kadar yang bakal diberikan pada fasa berikutnya adalah dari RM150 sehingga RM800, jumlah bayaran bergantung kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (GAJI BULANAN RM2,500 KEBAWAH)

Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada penerima STR kategori ini adalah berjumlah RM300 sehingga RM800. Kadar ditentukan melalui bilangan tanggungan anak.

ISI RUMAH (GAJI BULANAN RM5,000 KEBAWAH)

Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada penerima STR kategori ini adalah berjumlah RM0 sehingga RM250. Kadar ditentukan melalui bilangan tanggungan anak, bagi kategori ini yang tidak mempunyai anak tiada bayaran.

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

Kadar bayaran yang akan diberikan adalah berjumlah RM200 seorang

BUJANG (TIADA PASANGAN)

Kadar bayaran yang akan diberikan adalah berjumlah RM150 seorang.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 

Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status bayaran bantuan tunai STR secara online. Sila layari portal rasmi MySTR – KLIK DISINI untuk semakan.

Nota : Pihak kerajaan telah menawarkan bantuan tambahan STR bernilai RM600 kepada kategori isi rumah yang merupakan keluarga miskin tegar melalui data ekasih.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu golongan B40 dan miskin. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button