AidilfitriBANTUANRaya

Senarai Bantuan Raya Aidilfitri Tahun 2024 Yang Telah Diumumkan

Senarai Bantuan Raya Aidilfitri yang telah diumumkan bagi sesi tahun 2024 mengikut negeri-negeri seluruh negara. Untuk makluman, beberapa negeri telahpun mengumumkan pemberian sumbangan sempena menyambut hari raya pada tahun ini.

SENARAI BANTUAN RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024

Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan pada bulan ini. Objektif utama perlaksanaan pemberian sumbangan bantuan adalah meringankan beban rakyat terutama di musim perayaan.

Bagi pengetahuan umum, beberapa buah negeri telahpun mula salurkan bantuan sempena perayaan pada bulan Mac dan April ini pada kadar yang telah ditetapkan. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengagihkan bayaaran bantuan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Insentif tersebut diberikan kepada seluruh penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan dimana mereka merupakan nadi penggerak kerajaan negeri. Tidak ketinggalan, bantuan RM300 juga disalurkan kepada guru (KAFA), SRAR dan SMAR di negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri Perak juga telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan aidilfitri pada kadar RM1,000. Sumbangan ini diberikan kepada penjawat awam termasuk lantikan kontrak dan ketua kampung seluruh kawasan.

Manakala negeri Selangor umumkan pemberian bantuan raya kepada penjawat awam negeri berjumlah minimum RM1,000 atau sebulan gaji. Dan sekitar 17,000 para penjawar awam negeri Johor termasuk yang berkhidmat di (PBT) akan menerima bantuan khas raya setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Untuk negeri Pulau Pinang, pemberian bantuan khas kewangan aidilfitri dikreditkan pada 15 Mac 2024. Bagi negeri Selangor , bayaran akan mula disalurkan pada 8 April ini secara berperingkat.

Negeri Johor dan Perak pula, pembayaran akan dilakukan sebelum menjelang sambutan hari raya aidilfitri nanti dan dijangkan disalurkan pada awal bulan April. Seperti sedia maklum, pemberian sumbangan khas ini diberikan secara one-off dan tiada sebaranf permohonan diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon –¬†SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button