BANTUANeTunai

E-Tunai Rahmah : Bantuan E-Wallet RM200 Untuk B40 & M40

E-Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kredit ewallet yang diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk sedia maklum, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan kredit e-tunai rahmah akan dilancarkan pada tahun ini.

Pemberian kredit e-tunai ini dikhaskan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan bujang dan belia dengan kadar bantuan sebanyak RM200.

E-TUNAI RAHMAH 2023

Pada pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan untuk rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan miskin. Salah satu bantuan yang ditawarkan adalah bantuan kredit e-tunai rahmah.

Bantuan khas ini ditawarkan kepada golongan B40 berbentuk kredit ewallet percuma pada kadar jumlah RM200 seorang. Apa yang menarik pemberian bantuan ewallet tahun ini telah dinaikkan RM200 berbanding tahun lalu RM150.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan ini adalah bagi meringankan beban rakyat yang terdiri daripada golongan belia. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai para belia pada tahun ini.

Untuk makluman, bantuan e-tunai rahmah ini adalah sama seperti bantuan terdahulu iaitu eBelia (2021) dan epemula (2022).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan kredit e-tunai rahmah ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia
  • Berumur 18 sehingga 20 tahun
  • Individu berumur 21 tahun keatas layak sekiranya merupakan pelajar sepenuh masa

KADAR BANTUAN

Menerusi kenyataan Perdana Menteri pada sidang BELANJAWAN 2023 , kadar bantuan ewallet ini akan ditawarkan kepada golongan belia dengan jumlah RM200 setiap seorang.

TARIKH PERMOHONAN

Sehingga hari ini masih belum ada maklumat rasmi berkenaan permohonan bantuan ini. Dijangkakan sebelum pertengahan tahun bantuan kredit etunai rahmah ini akan dilancarkan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

INFO LANJUT

Pada tahun ini selain daripada bantuan khas ewallet ini, terdapat lebih banyak inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu mereka yang memerlukan.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button