BANTUANFasa 2STR

Bayaran Fasa 2 RM200 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bayaran fasa 2 RM200 telah mula dikreditkan ke seluruh rakyat Malaysia pada 5 April 2023 secara berperingkat dan akan selesai sebelum raya. Untuk makluman, bermula hari ini anda boleh menyemak status pembayaran Sumbangan tunai Rahmah (STR) fasa 2.

BAYARAN FASA 2 RM200

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa seramai 8.7 juta golongan B40 akan menerima inisiatif. Pemberian Sumbangan tunai rahmah fasa 2 ini. Pembayaran dijalankan secara berperingkat bermula rabu ini.

Bagi yang terlepas pandang, bayaran fasa 2 RM200 akan diberikan kepada golongan isi rumah semua kategori bilangan anak. Manakala golongan warga emas dan bujang akan menerima RM100 pada fasa kali ini.

Pembayaran akan dilakukan secara 2 kaedah iaitu pengkreditan ke dalam akaun bank. Dan tebus tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran untuk penerima tiada kad bank.

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa bayaran fasa 2 RM200 ini dipercepatkan. Adalah bagi membantu rakyat membuat persediaan bagi menyambut raya aidilfitri.

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN

Bermula hari ini (5 April 2023) seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima bantuan STR kini sudah boleh membuat semakan status pembayaran akaun masing-masing. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Anda perlu log masuk MySTR untuk membuat semakan, jika status anda dinyatakan ‘Dalam prsoses pengkreditan’ bermaksud duit sedang diproses masuk ke dalam akaun. Diharapkan penerima yang masih belum dapat, bersabar kerana pengagihan dijalankan secara berperingkat.

Bagi penerima bukan pemegang kad bank, anda juga turut boleh mengambil bayaran fasa 2 STR secara tebus tunai di BSN. Sila pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain banyaran fasa 2 RM200 ini, terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan yang diagihkan pada bulan ini bagi menyambut bulan syawal. Banyak bantuan yang disediakan pada bulan ini untuk meringan beban mereka yang memerlukan untuk membuat persediaan raya terutama golongan b40 dan miskin.

Untuk mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk mendapatkan bantuan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button