BANTUANJKMKanak-kanak

Program Bantuan Tunai Kanak-Kanak RM 1,000 Kini Dibuka

Untuk makluman, jika anda terlepas pandang terdapat satu skim bantuan untuk kanak-kanak pada tahun ini. Kepada penjaga da ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah, kalian boleh membuat permohonan Skim Bantuan Kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai BKK 2022 sehingga RM 1,000 sebulan untuk 1 keluarga.

Skim Bantuan Kanak-kanak

Program Skim Bantuan Kanak-kanak ini adalah merupakan insentif bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas kepada yang layak untuk membantu keluarga dan kanak-kanak untuk meringankan pembelanjaan serta mendapat jagaan yang cukup selesa pada tahun ini.

Menerusi Datuk Seri Rina binti Mohd Harun iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah insentif sehingga RM 1,000 berbanding tahun sebelum ini iaitu RM 450.

Syarat Kelayakan

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Bermaustatin ni Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Pemohon merupakan kanak-kanak yang berusia 18 tahun dan ke bawah – Jika melebihi 18 tahun boleh memohon dan akan dipertimbangkan jika bersekolah menengah atas sahaja
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Panduan Permohonan BKK RM 1,000

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan. Panduan telah disediakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eBantuanJKM – DI SINI
  2. Tekan pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
  3. Kemudian sila isi kedua dua borang – Borang A dan Borang B
  4. Tekan pada butang “Keputusan”

Hadir Ke Pejabat JKM

Sila hadir ke Pejabat JKM yang berdekatan anda untuk tujuan verifikasi permohonan BKK. Sila bawa dan sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Sediakan salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan – Jika ada
  • Sediakan salinan kad OKU – Jika kategori OKU
  • Sediakan salah satu bil utiliti anda (Bil air / elektrik atau telefon)
  • Pastikan bawa borang yang telah diisi

Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa pendaftaran atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BKK RM 1,000 ini, anda boleh terus hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000 atau anda boleh terus ke Pejabat JKM berdekatan anda.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button