BANTUAN

BTAR 2022 : Permohonan Kini Dibuka Sehingga 31 Mac 2022

Pada tahun ini, Pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman atau dikenali sebagai YTAR sudahpun menbuka permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bagi tahun 2022.

Bantuan BTAR 2022 ini ialah merupakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda yang mensasarkan kepada golongan pelajar yang berpontensi tinggi dan bercita cita tinggi bagi menyumbangkan ke arah pembangunan dalam negara. Program BTAR ini lebih menerapkan perkembangan diri secara holistik seta berdasarkan nilai-nilai murni.

Justeru kepada para penerima biasiswa yang layak akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun bagi memberikan impak positif kepada masyarakat sekarang dan pada masa akan datang.

Syarat Kelayakan BTAR 2022
  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Penerima surat tawaran melanjutkan pengjian ijazah sarjana muda di mana-mana Universiti tempatan awan atau swasta yang bermula tahun 2022
  • Pelajar Ijazah Sarjan Muda di mana-mana Universiti tempatan awam atau swasta yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurangnya dua tahun
  • Bagi pemohon yang berjaya akan diberikan surat tawaran bersyarat sehinggalah mereka menerima surat pengajian yang sah rasmi dari Pihak Universiti tempatan awam atau swasta yang telah diiktirat oleh MQA.
Jenis Bantuan BTAR 2022
  • Elaun Bulanan – Elaun sara kan diberikan kepada setiap penerima secara bulanan sepanjang pemberian biasiswa
  • Yuran Universiti – Yuran Pengajian secara Penajaan Penuh di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta yang diiktiraf oleh MQA
  • Elaun Tahunan – Dana ini untuk digunakan bagi menjalankan projek kemasyarakatan serta elaun peralatan alat tulis turut diberikan
  • Elaun sekali sepanjang tempoh Biasiswa – Elaun bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk sampingan seperti pembelian komputer riba, pakaian rasmi, kos tesis atau tiket penerbangan (dalam Malaysia)
Cara Pemohonan

Kepada yang berminat untuk membuat permohonan, anda diminta baca dengan teliti syarat kelayakan yang ditetapkan, jika anda berkelayakan sebarnag permohonan BTAR 2022 boleh dibuat dengan mudah secara Online melalui Portal Rasmi YTAR yang disediakan di bawah :

  1. Sila Layari Laman Rasmi YTAR di – SINI
  2. Kemudian tekan ”Mohon Sekarang”
  3. Seterusnyan pemohon akan dibawa ke sistem permohonan BTAR
  4. Sila isi maklumat yang diperlukan di ruang yang disediakan
Tarikh Tempoh Permohonan

Untuk makluman anda, sebarang permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2022.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button