BANTUANRMRRUMAHSPRN

Rumah Mesra Rakyat : Panduan Permohonan

Rumah Mesra Rakyat adalah merupakan sebuah skim perumahan mampu milik yang disediakan oleh pihak kerajaan. Sekiranya anda ingin merancang untuk memiliki rumah yang selesa dan dengan kadar harga mampu milik, anda boleh rujukan panduan permohonan melalui SPNB di ruangan ini.

SKIM RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk makluman, program skim RMR ini telah diperkenalkan oleh kerajaan dibawah seliaan Syarikat Perumahan Negeri Berhad atau lebih sinonim dikenali sebagai SPNB. Skim perumahan ini diwujudkan adalah bagi memberi peluang kepada rakyat terutama yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana bagi memilik kediaman.

Kepada golongan yang ingin memiliki rumah pertama sangat disarankan untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat ini. Hal ini kerana faktor kediaman yang lebih selesa dan kadar harga yang berpatutan.

PELAN DAN KADAR HARGA RUMAH

Di bawah telah disediakan maklumat mengenai pelan dan kadar harga Rumah Mesra Rakyat seluruh negara seperti berikut.

SEMENANJUNG MALAYSIA 

  • Keluasan tanah – 1,000 KPS
  • Harga rumah – RM 75,000
  • Jumlah pinjaman – RM 55,000
  • Subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Anggaran bayaran balik secara bulanan (16 tahun) – RM 300.

SARAWAK, SABAH DAN LABUAN

  • Keluasan tanah – 750 KPS
  • Harga rumah – RM 75,000 sehingga RM 106,500
  • Jumlah pinjaman – RM 55,000 hingga RM 86,000
  • Subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Anggaran bayaran balik secara bulanan (16 tahun) – RM 300 hingga RM 470.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi permohonan Rumah mesra rakyat bagi tahun ini telah ditetapkan, syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada individu berumur 18 tahun dan keatas pada tahun permohonan
  • Pemohon atau pasangan mohon untuk rumah pertama
  • Pendapatan bulanan RM 3,000 dan kebawah
  • Keluasan tapak tanah melebihi daripada 3,600 KPS – Bergantuk reka bentuk rumah
  • Tapak tanah bersesuaian untuk dirikan rumah dan bebas dari gadaian ke atas tanah
  • Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, perlu sediakan pengesahan kebenaran daripada pemilik tanah.

PANDUAN PERMOHONAN RUMAH 

  • Untuk permohonan, sila layari laman rasmi SPNB – DI SINI
  • Sila log masuk ke dalam sistem RMR, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebagai ID Pengguna
  • Isi kata laluan yang diberikan pada email anda
  • Setelah log masuk berjaya, anda boleh lengkapkan borang permohonan pada ruangan yang telah disediakan sehingga selesai
  • Bagi panduan lebih terperinci, pemohon boleh rujuk di manual pengguna RMR.

Peringatan, anda perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan proses permohonan. Sila rujuk di manual pengguna di portal rasmi SPNB.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada inisiatif skim Rumah Mesra Rakyat ini, terdapat pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaaan terumatan bantuan berbentuk tunai. Sekiranya terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan. Sila ke laman utama – KLIK DI SINI untuk rujukan semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button