BANTUANJunWarga Emas

Bantuan Kewangan Bulan Jun RM 500 One-off

Bagi pengetahuan umum, menerusi sidang Belanjawan 2021 lalu, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan bantuan kepada golongan warga emas atau bantuan kebajikan untuk orang tua akan dinaikkan dari jumlah tahun sebelum RM 350 kepada RM 500 setiap seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau leibh sinonim dikenali sebagai JKM. Melalui kenyataan tesebut, bantuan ini akan terus dilaksanakan pada tahun ini.

Untuk makluman bantuan warga emas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan keluarga. Program bantuan ini diberikan keutamaan kepada golongan warga emas yang berkelayakan untuk membantu meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti dalam negara ini.

Syarat Kelayakan Insentif RM 500

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan -PGK
  • Bagi mana-mana kes yang berkaitan berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
  • Terbuka kepada individu yang merupakan orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Merupakan orang tua atau warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian (Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Cara Membuat Permohonan

Sekiranya anda atau ahli keluarga atau mempunyai kenalan yang menepati syarat yang telah ditetapkan, permohonan boleh dibuat seperti berikut :

  1. Yang pertama, sila layari Portal Rasmi eBantuanJKM – DI SINI
  2. Seterusnya, klik pada butang “Daftar Permohonan”
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan Negeri tempat tinggal
  4. Klik butang “Daftar” dan selesai.

Peringatan : Dalam masa tempoh 14 hari dari permohonan, anda perlu hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) yang berdekatan bersertakan dokumen yang diperlukan. Senarai Pejabat yang ada anda boleh rujuk – DI SINI

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibubapa atau anak yang tinggal sebumbung
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah perkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button