BANTUANBMTRISDA

Bantuan BMT Fasa 2 RM300 Dikreditkan Bulan Ini

Bantuan BMT Fasa 2 akan dibayar atau dikreditkan pada bulan ini (Februari) kepada semua penerima yang berkelayakan. Untuk sedia maklum, Program inisiatif khas bantuan musim tengkujuh (BMT) yang berbentuk kewangan ini adalah merupakan insentif dari pihak kerajaan kepada rakyat yang terjejas.

JADUAL BAYARAN BMT MENGIKUT FASA

Untuk maklum, bantuan musim tengkujuh ini telah diperkenalkan pada tahun lalu dengan kadar jumlah sebanyak RM600 yang dibayar pada bulan november dan disember 2022 pada kadar RM300 setiap fasa.

Pada tahun ini, kadar bayaran BMT telah dinaikkan kepada RM800 dan telah diawalkan pembayaran bantuan khas ini. Bayaran akan diagihkan kepada 3 fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : Januari 2023 – Kadar bayaran sebanyak RM300
  • Fasa 2 : Februari 2023 – Kadar bayaran sebanyak RM300
  • Fasa 3 : Mac 2023 – Kadar bayaran sebanyak RM200.

KAEDAH PEMBAYARAN BMT

Bantuan BMT fasa 2, untuk cara pembayaran bantuan khas BMT RISDA ini akan disalurkan secara kredit terus ke dalam akaun bank setiap penerima yang berkelayakan.

Peruntukan bantuan khas ini melibatkan dana sebanyak RM9.7 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 12 ribu peneroka tanaman getah seluruh negara. Untuk semakan kelayakan, sila layari portal rasmi BMT RISDA – KLIK DISINI

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Berikut telah disediakan maklumat senarai penerima bantuan khas ini yang menepati syarat kelayakan seperti dibawah :

  • Individu yang merupakan peneroka tanaman getah yang menghantar hasil getah ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Individu yang dalam proses tempoh tanam semula bersama pihak FELDA
  • Peneroka yang terkena serangan penyakit pokok getah atau tiada hasil getah.

Pemberian bantuan BMT ini khas untuk para peneroka yang terjejas pada musim tengkujuh tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada awal tahun ini menerusi sidang Bajet mini 2023, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa bantuan tunai untuk golongan b40 dan miskin. Bantuan yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini seperti Sumbangan tunai rahmah (STR), bantuan awal persekolahan (BAP). Kedua-dua bayaran bantuan ini telah diberikan pada bulan Januari 2023.

Pada bulan Februari ini, pihak kerajaan perpaduan akan membentangkan Bajet 2023. Dijangkakan akan lebih banyak bantuan yang akan diperkenalkan pada sidang tersebut. Bagi yang terlepas pandang, ada bantuan yang yang dilaksanakan pada tahun lalu dan masih diteruskan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button