BANTUAN

Bantuan Pembelian Peralatan Elektrik RM 500 : Semak Kelayakan

Baru-baru ini bagi sedia maklum pada umum, beberapa buah negeri di Malaysia telah dilanda bencana alam iaitu banjir yang telah menjejaskan kerosakkan harta benda kepada golongan yang terbabit.

Pihak Kementerian Tenanga Dan Sumber Asli melalui Pihakn Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau dikenali sebagai (SEDA)telah mengumumkan pelancaran Skim Insentif Bantuan Banjir Rumah Malaysia bagi tujuan membantu para mangsa yang terlibat dan terjejas dalam banjir yang mana mengalami kerosakan barangan elektronik.

Kepada yang layak menerima bantuan ini akan menerima rebat bantuan sebanyak RM 500 untuk tujuan pembelian barangan elektrik . Contoh barangan eletrik yang boleh anda beli menggunakan bantuan rebat RM 500 seperti berikut :

  • Kipas
  • Peti Sejuk
  • Lampu pelbagai jenis
  • Mesin basuh
  • Periuk nasi
  • Seterika
  • Televisyen
  • Dapur elektrik
  • Perkakas dapur
  • Alat Pengisar
  • Ketuhar Micro
  • Penyejuk Beku
  • Penghawa dingin
  • Cerek
Panduan Semak Kelayakan Dan Tebus Bantuan

Kepada anda yang ingin membuat semakan kelulusan atau kelayakan Insentif rebat ini, anda boleh membuat secara online di portal rasmi seda di – SINI

Anda cuma perlu perlu mengisi maklumat di ruangan yang telah di sediakan.

Syarat kelayakan permohonan bantuan ini adalah wajib berstatus Warganegara Malaysia. Di senaraikan sebagai mangsa bencana alam atau rumah yang dimasuki air ketika banjir.

Kepada yang layak menerima dan memenuhi syarat kelayakan, bole menebus rebat bantuan RM 500 melalui pembelian di pasaraya atau kedai yang berdaftar dan boleh juga membuat pembelian barangan elektrik secara online seperti di platform LAZADA, Shopee atau sebagainya.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat terperinci mengenai Insentif bantuan rebat ini, anda boleh terus layari Portal Rasmi SEDA .

Untuk makluman umum, pada tahun 2022, terdapat banyak Bantuan tambahan dari pihak kerajaan. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang boleh anda terima bole terus ke laman rasmi – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button