BANTUANJKM

Bayaran Bantuan Kewangan Bulanan Bagi Bulan Mei Telah Mula Dikreditkan

Bayaran bantuan kewangan bulanan bagi bulan Mei telah mula dikreditkan kepada mereka yang layak menerima insentif. Untuk makluman, pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan.

BAYARAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN JKM

Untuk sedia maklum, bayaran bantuan kewangan bulanan JKM dibayar setiap bulan selewat-lewatnya 10 haribulan. Kebiasaannya bayaran diberikan dari 1 hingga 10 haribulan, kadar dan tarikh bergantung kategori bantuan yang layak.

Antara bantuan bulanan yang disediakan dalam skim bantuan kebajikan adalah bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, bantuan anak pelihara dan lain-lain lagi. Kadar bantuan adalah berbeza mengikut kategori bantuan minimum RM150 sehingga maksimum RM1,000 bagi satu keluarga.

Bagi bayaran bulan Mei 2023, sebahagian telah dikreditkan kepada penerima sedia ada. Tujuan utama perlaksanaan bantuan kewangan bulanan JKM ini adalah bagi meringankan beban rakyat yang terjejas dan memerlukan.

PANDUAN SEMAKAN & PERMOHONAN BARU

Kepada bukan penerima bantuan JKM, jika anda tergolongan dalam keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Anda boleh membuat semakan syarat kelayakan dan permohonan boleh dimohon secara atas talian (online).

Panduan semakan kelayakan dan permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini selain JKM terdapat lebih banyak bantuan berbentuk kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button