BANTUANKerajaanPemberian

Rasmi : Pemberian Bantuan Khas RM2000 Mula Dikreditkan

Rasmi : Pemberian Bantuan Khas bernilai RM2000 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 23 Februari 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat. Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan sebahagian sumbangan dari pihak kerajaan.

RASMI : PEMBERIAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan berkenaan sumbangan bantuan khas pada sidang Belanjawan 2024. Pemberian bantuan yang dikenali sebagai bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam.

Insentif tambahan ini disalurkan pada kadar jumlah RM1000 dan RM2000 kepada para penerima. Jumlah diberikan mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan.

SENARAI PENERIMA PEMBERIAN BANTUAN KHAS

Bermula 23 Februari ini, kategori para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuklah lantikan kontrak akan menerima sumbangan bernilai RM2000. Manakala kategori pesara kerajaan pula termasuk berstatus veteran berpencen dan tidak berpencen akan menerima RM1000.

Kaedah pembayaran bantuan istimewa ini diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank (one-off) sekali bayar. Turut berkelayakan dapatkan bantuan ini adalah golongan pegawai yang bercuti tanpa gaji penuh, bercuti separuh gaji, bercuti tanpa gaji, penukaran sementaran ke agensi lain.

Kepada mereka yang sedang berkhidmat dibawah personal MySTEP juga layak menerima insentif dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan. Pemberian sumbangan khas ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada kumpulan penjawat awam.

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN KHAS KERAJAAN

Untuk makluman, berdasarkan kenyataan rasmi yang telah diumumkan pihak kerajaan. Tarikh bayaran bantuan ini akan diagihkan secara berperingkat bermula 23 Februari 2024 (Hari Jumaat).

Dengan adanya insentif tambahan yang dibayar secara one-off ini dapat meringankan beban kewangan bagi persediaan persekolahan serta persiapan menyambut bulan puasa yang bakal tiba.

SEMAKAN JENIS BANTUAN JKM BULAN INI

Bagi kalian yang merupakan golongan kurang berkemampuan dan memerlukan, terdapat beberapa jenis bantuan tunai yang disediakan oleh pihak JKM pada bulan ini yang boleh dimohon. Untuk semakan senarai bantuan JKM yang ada dan syarat kelayakan, sila layari laman rasmi – eBANTUAN JKM 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan dibawah Belanjawan 2024 dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button