BANTUANFasa 2STR

Bayaran STR Fasa Kedua : Semak Jadual Pembayaran

Bayaran STR fasa kedua bakal dikreditkan tidak lama lagi, baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran fasa 2 akan dikreditkan sebelum raya aidilfitri. Untuk sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan tunai pada tahun ini.

BAYARAN STR FASA KEDUA

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perlaksanaan pembayaran fasa kedua STR akan dipercepatkan pada awal bulan April atau pertengahan bulan. Ini merupakan berita baik buat penerima sedia ada STR.

Bayaran STR fasa kedua akan melibatkan tiga kategori penerima seperti fasa 1 iaitu isi rumah (keluarga), bujang dan warga emas. Manakala jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kelayakan kategori penerima.

Dengan adanya pemberian bayaran STR fasa kedua pada bulan puasa ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada rakyat bagi membuat persediaan menyambut raya aidilfitri nanti. Untuk maklumat, pembayaran fasa kedua dijadualkan mula dikreditkan pada bulan April selewat-lewatnya selesai pada 22 April 2023 (sebelum raya pertama).

JADUAL PEMBAYARAN STR MENGIKUT FASA

Di bawah telah disediakan jadual bayaran Sumbangan tunai rahmah (STR) secara berperingkat mengikut fasa seperti berikut :

  • STR Fasa 1 : Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat
  • STR Fasa 2 : Bermula April 2023 secara berperingkat
  • STR Fasa 3 : Belum diumumkan (akan dikemaskini dari semasa ke semasa)
  • STR Fasa 4 : Belum diumumkan (akan dikemaskini dari semasaa ke semasa)

PERMOHONAN BAHARU STR DIBUKA

Kepada bukan penerima STR sedia ada, berita baik buat anda. Sepanjang bulan Mac ini pendaftaran permohonan baharu Sumbangan tunai rahmah dibuka. Bermula 1 sehingga 31 Mac, anda boleh membuat permohonan bantuan.

KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI

Bagi penerima bantuan tunai STR sedia ada, anda masih boleh membuat pengemaskinian maklumat peribadi terkini sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023. Kemaskini maklumat adalah penting untuk pembayaran fasa berikutnya.

Kepada yang ingin membuat permohonan baru atau kemaskini maklumat, sila layari portal rasmi MySTR –DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai jenis insiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujakan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button