BANTUANBeliaPERKESO

Insentif Untuk Golongan Bujang RM 1,000 ~ 18 – 30 Tahun Boleh Memohon

Pihak Kerajaan telah mengumumkan berita baik kepada golongan bujang berumur 18 sehingga 30 tahun iaitu bantuan insentif RM 1,000 dan pembentangan belanjawan yang lalu. Untuk sedia maklum, program insentif ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Program Perantisan

Bermula 1 Januari tahun 2022, setiap majikan yang mempunyai pekerja yang terdiri dalam golonga belia berumur 18 – 30 tahun automatik layak untuk memohon insentif sebanyak RM 1,000 menerusi program Perantisan ini.

Program perantisan ini memberikan peluang kepada para belia yang sedang mengangur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam bidang kerja melalui on-the-job-traning.

Tujuan bantuan program perantis ini untuk diberikan kepada golongan belia dengan cara memberikan peluang menjana pendapatan kepada individu yang sedang mengangur serta secara tidak langsung dapat menambah pengalaman dan mutu kemahiran pekerjaan.

Kadar Insentif

  • Bayaran diberikan sebanyak RM 1,000 kepada majikan yang mempunyai pekerja lepasan sekolah dan graduan untuk program perantisan
  • Tempoh bayaran insentif diberikan dalam masa tempoh 3 bulan dengan bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan
  • Elaun dan gaji minimum adalah sebanyak RRM 1,200 sebulan
  • Pekerja layak mendapatkan elaun kesediaan kerja atau insentif
  • Majikan diberikan peluang memohon hanya 1 kali kursus latihan sahaja bagi latihan perantis dengan kos maksimum sehingga RM 4,000

Syarat Kelayakan

  • Pemohon wajib merupakan warganegara Malaysia
  • Graduan atau lepasan sekolah yang berumur 18 hingga 30 tahun
  • Golongan belia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap atau sedang mengangur
  • Individu yang pernah mengikuti mana-mana program perantisan yang berdaftar di syarikat dan badan berkanun.

Sekirannya anda berminat menyertai program perantisan yang menyediakan insentif RM 1,000 ini anda boleh baca maklumat terperinci berkenaan program perantis – DI SINI

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi di talian khas – 03 8091 5300 / 1 300 88 2000 atau secara e-mel ke [email protected].

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif kepada yang memerlukan terutama bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button