BANTUANJKMKerajaanWarga Emas

Skim Bantuan Kewangan RM 500 One-off Bermula Oktober 2022

Menerusi kenyataan Menteri kewangan iaitu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan kepada golongan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan dari jumlah terdahulu RM 350 kepada RM 500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarat atau lebih dikenali sebagai JKM. Menerusi kenyataan beliau, bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2022.

Untuk makluman bantuan warga emas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat. Bantuan ini mensasarkan golongan Warga emas yang layak untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti dalam negara. Kadar bantuan adalah sebanyak RM 500. Kepada yang terlepas pandang, bermula Oktober 2022 anda boleh membuat permohonan, sila semak syarat kelayakan dan permohonan.

Syarat Kelayakan Bantuan RM 500

Di ruangan bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Individu yang ingin memohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan semasa isi rumah tidah boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Individu merupakan warga emas atau orang tua yang berusia 60 tahun dan keatas
  • Warga emas / orang tua yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian – Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang berkaitan berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Mohon Bantuan

Jika anda atau mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eBantuanJKM – KLIK DI SINI
  2. Kemudian tekan pada butang “Daftar Permohonan”
  3. Sila masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan pemohon
  4. Tekan butang DAFTAR, selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu bapa atau anak yang tingga serumah
  • Sediakan salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal serumah
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan

Dalam masa 14 hari dari permohonan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan anda. Senarai Pejabat yang ada boleh dirujuk  – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan atau tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button