AirBANTUAN

Bantuan Bil Air Percuma Melalui SADE 2022

Pihak kerajaan telah melakukan usaha bagi membantu rakyat yang memerlukan dari pelbagai sudut bantuan. Terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun 2022 yang memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Salah satu pakej bantuan yang tersedia pada tahun ini adalah Skim Air Darul Ehsan atau dikenali sebagai SADE yang mana merupakan sebuah program penjajaran semula pemberian sebanyak 20 meter padu air secara percuma kepada golongan kumpulan sasar di kawasan negeri Selangor sahaja. Di bawah telah disediakan maklumat padat dan ringkas berkenaan bantuan ini.

Panduan Permohonan

Kepada anda yang tinggal di sekitar negeri Selangor, permohonan bantuan SADE boleh dibuat dengan mudah secara online melalui sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR). Permohonan juga boleh dilakukan secara manual dengan cara mengisi borang permohonan SADE dan hantar ke alamat e-mel [email protected] atau melalui mana-mana cawangan kanter perkhidmatan di pejabat Wilayah pengurusan air Selangor Sdn. Bhd. pada tahun ini.

Syarat-syarat Kelayakan SADE
  • Individu yang merupakan Warganegara Malaysia.
  • Individu yang menetap di negeri Selangor Darul Ehsan.
  • Pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM 4,000 sebulan.
  • Premis kediaman meter individu.
  • Kepada pemohon, anda hanya layak memohon untuk 1 akaun sahaja.

Peringatan, pendapatan isi rumah adalah RM 4,000 sebulan termasuk suami dan isteri, bujang dan pasangan bukan warganegara Malaysia.

Nota tambahan, untuk makluman kepada semua penerima rebat sedia ada dan permohonan baru SADE yang layak akan mendapatkan faedah skim bantuan sehingga tarikh 31 Disember 2024 secara automatik.

Jika anda ingin mendapatkan borang permohonan SADE secara online boleh anda muat turun – DI SINI

Untuk semakan maklumat lebih terperinci bekenaan bantuan air selangor ini, anda boleh terus layari portal rasmi SADE – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan persekutuan dan Negeri telah memperkenalkan pelbagai pakej inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan miskin dan B40.

Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah pihak kami sediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button