BANTUANBTRFasa 1

Bayaran Bantuan Tunai Keluarga RM300 Diberikan Pada Bulan Ini

Bayaran bantuan tunai keluarga untuk sesi fasa 1 akan mula diberikan pada bulan Januari 2023 sebanyak RM300 kepada setiap isi rumah yang layak. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang mesyuarat penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat.

Hal ini adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama golongan sasar seperti kumpulan B40 dan miskin tegar. Atas dasar prihatin kerajaan kepada rakyat, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini dipernalkan pada tahun 2023.

BANTUAN TUNAI TAHUN 2023

Untuk sedia maklum, program bantuan tunai rakyat ini adalah merupakan inisiatif khas yang berbentuk kewangan pada tahun ini. Insentif ini melibatkan beberapa kategori dan kadar bantuan yang berbeza mengikut kelayakan.

Bantuan BTR ini sama seperti bantuan tunai tahun sebelum ini seperti BSH, BPR, BR1M dan BKM. Dengan adanya inisiatif seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia setiap tahun.

KADAR BANTUAN TUNAI FASA 1

Berikut telah disediakan kadar bantuan BTR fasa 1 yang akan diberikan pada bulan ini seperti dibawah :

  • Kategori Keluarga : RM300
  • Kategori Bujang : RM100

Bagi kategori keluarga (isi rumah) jumlah keseluruhan bantuan ini adalah dari RM500 sehingga RM2,000. Jumlah adalah berbeza mengikut pendapatan bulanan dan bilangan tangungan anak. Untuk semak maklumat lanjut, sila layari laman rasmi – DI SINI

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI KELUARGA FASA 1

Untuk makluman, pembayaran fasa 1 BTR akan melibatkan 2 kategori iaitu bujang dan keluarga. Dijangkan bayaran akan mula disalurkan pada penghujung atau pertengahan bulan Januari 2023 secara berperingkat.

Kaedah pembayaran adalah sama seperti bantuan tunai tahun lalu, diberikan secara kredit ke dalam akaun dan tebus tunai di cawangan bank terpilih bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank.

Maklumat berkenaan tarikh bayaran dan kemaskini maklumat akan diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Segala maklumat terkini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda terlepas pandang, selain daripada bantuan BTR ini terdapat pelbagai bantuan telah diumumkan oleh kerajaan bagi tahun 2023. Bantuan yang akan diberikan pada bulan ini adalah seperti bantuan BKK, Bantuan awal persekolahan dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button