BANTUAN

I-Bermusim Hijrah 2022 : Panduan Permohonan Sehingga RM 20,000

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan kerajaan negeri Selangor. Salah satu inisiatif atau skim yang telah dilancarkan ialah bantuan dari RM 1,000 sehingga RM 20,000 melalui i-Bermusim Hijrah 2022.

Pengenalan

Melalui Program Skim i-Bermusim Hijrah yang telah menawarkan modal tambahan kewangan dari RM 1,000 sehingga RM 20,000 kepada individu yang memerlukan modal pusingan dalam perniagaan.

Untuk makluman, pembiayaan ini diberikan khusus kepada perniagaan jenis bermusim contohnya seperti musim perayaan dan gerai buah-buahan bermusim.

Kadar Pembiayaan

Di bawah telah disediakan kadar pembiayaan :

  • RM 1,000 – RM 20,000 adalah had pembiayaan
  • Pembayaran balik boleh dibuat secara bayaran mingguan atau bulanan atau secara sekali gus ( Tertakluk kepada perubahan keadaan semasa)
  • Caj perkhidmatan adalah sebanyak 1% sebulan
  • Mempunyai dokumen yang sah atau surat perjanjian sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan pajakan atau sewaan
Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan sebagai rujukan :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Berusia 18 hingga 65 tahun
  • Merupakan Rakyat Selangor atau bermaustatin lebih 5 tahun di Selangor
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai permit atau lesen perniagaan yang sah
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Boleh menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam Hijah
  • Boleh membuat satu pembiayaan sahaja dalam satu satu perniagaan perkongsian
Panduan Cara Permohonan

Jika anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan berminat, anda boleh membuat permohonan secara online (Atas talian) di Portal Rasmi di – DI SINI

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen penting seperti di bawah bagi memudahkan proses permohonan :

  • Sediakan salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan – Jika ada
  • Sediakan salinan lesen / permit perniagaan – SSM atau Permit PBT
  • Sediakan 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
  • Sediakan salinan surat perjanjian atau dokumen yang sah jika melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan pajakan atau sewaan
  • Sediakan salinan gambar perniagaan
  • Sediakan salinan bil utiliti tempat tinggal dan premis perniagaan
  • Sediakan salinan penyata akaun Bank

Maklumat tambahan : Anda boleh membuat permohonan secara online melalui pautan rasmi Hijrah Selangor yang telah di sediakan di atas dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan skim ini, sila layari laman telah disediakan.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai jensi bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan negeri mahupun Kerajaan pusat. Anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila layari laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button