BANTUANFasa 4STR

Semakan STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Semakan STR fasa 4 adalah merupakan pembayaran fasa terakhir bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun 2023. Untuk makluman, pemberian fasa 4 STR bukan semua kategori yang akan terlibat dan kadar jumlah bayaran juga berbeza bergantung kategori kelayakan.

SEMAKAN STR FASA 4

Untuk pengetahuan umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah inisiatif berbentuk bantuk kewangan yang ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Bantuan tunai ini baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan tunai tahun lalu iaitu BKM 2022.

Buat masa ini, pembayaran STR fasa 1 dan 2 telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April. Kini hanya tinggal 2 kali bayaran sahaja yang akan disalurkan secara berperingkat pada bulan Julai dan November.

Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan semakan STR fasa 4, tarikh dan jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima sedia ada.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Untuk makluman, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran STR fasa keempat (4) akan mula dikreditkan pada bulan November 2023. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman kerajaan.

JUMLAH KADAR BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Di bawah telah disediakan kadar jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima sedia ada mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN DIBAWAH RM2,500)

  • RM200 – Keluarga yang tidak mempunyai anak
  • RM600 – Keluarga mempunyai bilangan tanggungan anak (1-2 orang)
  • RM900 – Keluarga mempunyai bilangan tanggungan anak (3-4 orang)
  • RM1,200 – Keluarga mempunyai bilangan tanggungan anak (5 dan lebih)

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada bayaran – Keluarga yang tidak mempunyai anak
  • Tiada bayaran – Keluarga yang mempunyai tanggungan anak (1-2 orang)
  • RM300 – Keluarga yang mempunyai tanggungan anak (3-4 orang)
  • RM500 – Keluarga yang mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih)

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200

BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • Tiada bayaran

Nota : Kepada golongan yang berada di kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data ekasih akan ditawarkan bantuan tambahan. Kerajaan menawarkan batuan bakul atau baucar makanan asas bernilai RM600 yang dibekalkan selama 6 bulan.

SEMAKAN STATUS STR 2023

Kepada penerima sedia ada dan permohonan baru yang dibuat pada bulan Mac lalu, anda boleh boleh membuat semakan status STR 2023. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan STR, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button