BANTUANFASA 3STR

Pembayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Berperingkat

Pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat pada bulan depan (Julai) dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank. Untuk sedia maklum, tidak lama lagi pemberian inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah Fasa ketiga akan mula diberikan.

PEMBAYARAN STR FASA 3

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran bantuan tunai STR ini akan dibayar secara jumlah 4 fasa iaitu Januari, April, Julai dan November 2023. Untuk makluman, pembayaran STR fasa pertama dan kedua telah selesai diberikan.

Bagi pembayaran STR fasa 3 akan melibatkan kategori utama iaitu bujang, warga emas serta isi rumah (berkeluarga). Kali ini jumlah kadar bayaran bantuan adalah lebih tinggi berbanding 2 fasa sebelum ini yang melibatkan sehingga RM800.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI

Kadar jumlah yang akan diterima pada fasa ketiga adalah berbeza mengikut kategori kelayakan, dibawah telah disediakan kadar bayaran yang akan diterima seperti berikut :

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI BUJANG (21 – 59 TAHUN / TIADA PASANGAN)

  • RM150 seorang

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN DIBAWAH RM2,500)

  • Tiada anak : RM300
  • Mempunyai 1-2 orang anak : RM400
  • Mempunyai 3-4 orang anak : RM600
  • Mempunyai 5 dan lebih anak : RM800

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN DI BAWAH RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai 1-2 orang anak : RM150
  • Mempunyai 3-4 orang anak : RM200
  • Mempunyai 5 dan lebih anak : RM250

INISIATIF STR TAMBAHAN RM600

  • Bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600 ditawarkan kepada kategori isi rumah berstatus miskin tegar melalui data ekasih

TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS STR

Bagi pengetahuan umum, secara rasmi jadual bayaran telah dimaklumkan oleh kerajaan yang akan dijalankan secara berperingkat bermula Julai 2023. Bagi penerima tiada kad bank, seperti fasa sebelum ini anda boleh tebus secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Kepada penerima sedia ada, kini anda boleh membuat semakan kemaskini status STR anda secara online. Sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah memperkenal dan melaksanakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringakan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button