Akaun 1 KWSPKWSPPengeluaran BersasarPengeluaran Khas

Pengeluaran Akaun 1 KWSP : Maklumat Terkini

Pengeluaran Akaun 1 KWSP : Maklumat terkini berkenaan terdapat pencarum yang terdesak mengharapkan kemudahan pengeluaran kecemasan dari simpanan satu. Baru-baru ini, Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) iaitu Encik Azmi Mohd Tahir.

Beliau telah memaklumkan bahawa sepanjang bulan lepas (15 – 29 haribulan Mei) pihak beliau telah membuat kaji selidik berkenaan percarum yang terkesan dan terjejas yang memerlukan pengeluaran itu.

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Pihak NGO iaitu PGIRM mengharapkan ada sinar bagi pengeluaran KWSP bersasar kepada pencarum yang memerlukan. Dalam kaji selidik mendapati separuh daripada 99,339 pencarum KWSP yang mennyertai mempunyai tabungan simpanan hingga RM50,000 dalam akaun 1.

Hasil dari kajian mendapati seramai 40,270 pencarum iaitu 40.5 peratus yang mempunyai baki simpanan dari RM10,001 sehingga RM50,000 dalam akaun satu (1) KWSP. Mejoriti mereka memerlukan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Manakala bagi simpanan baki akaun 1 KWSP dari RM50,001 hingga RM100,000 adalah seramai 27 ribu pencarum bersamaan 28 peratus. Bagi simpanan RM100,001 hingga RM200,00 pula seramai 15 ribu pencarum bersamaan 15 peratus.

Dalam kajian mendapati kebanyakan pencarum yang benar-benar terjejas dan memerlukan mengharapkan pengeluaran akaun 1 KWSP secara bersasar dapat dilakukan.

SENARAI NAMA PENCARUM YANG TERJEJAS

Hasil kajian mendapati pencarum yang mempunyai masalah nama disenarai hitam/ CCRIS dan CTOS paling tinggi iaitu sekitar 65 ribu pencarum atau 65 peratus. Bagi pencarum yang menghadapi masalah bakal / sudah diusir dari rumah sewa seramai 27 ribu bersamaan 27 peratus.

Pihak PGIRM selaku NGO yang bersuara berkenaan desakan mengharapkan pengeluaran KWSP mempunyai senarai lengkap nama-nama pencarum yang terjejas. Menerusi kenyataan Pesiden PGIRM, pihak mereka akan menyerahkan senarai nama pencarum kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan agar dapat meluluskan tuntutan rakyat demi kelangsungan hidup mereka.

Diharapakan terdapat kemudahan pengeluaran KWSP secara bersasar dari akaun 1 kepada para ahli yang benar-benar kesempitan dan memerlukan. Sumber dari Buletin.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button