10k DiluluskanKWSP

Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

Untuk sedia maklum, bermula 1 April 2022 para pencarum KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM 10,000. Baru baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Portal Rasmi bagi para pencarum membuat permohonan secara online. Di bawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan pengeluaran khas KWSP ini.

Panduan Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Dibawah telah disediakan cara untuk membuat permohonan pengeluaran khas KWSP seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi pengeluaran khas KWSP – DI SINI
  2. Tekan “Mohon Sekarang”
  3. Kemudian sila isi maklumat yang diminta (No MyKad dan No Telefon bimbit)
  4. Klik “Teruskan” dan sahkan identiti anda melalui pengesahan “Nomber OTP” atau “Soalan Keselamatan”
  5. Sila tentukan amaun pilihan pengeluaran
  6. Kemudian kilik “Teruskan”
  7. Skrin anda akan memaparkan jumlah maksimum “Amaun Pilihan Pengeluaran”
  8. Sila tetapkan “Amaun Pilihan Pengeluaran” dengan menaip jumlah amaun pilihan dan tekan “Teruskan”
  9. Sila lengkapkan Maklumat pemohon, Pembayaran dan kaji selidik kemudian tekan teruskan
  10. Sila semak semula semua maklumat, tekan pautan terma dan perakuan dan tandakan saya “Bukan Robot” dan klik Hantar
  11. Selesai

Kadar Pengeluaran yang boleh dibuat 

Untuk makluman, kadar pengeluaran khas KWSP telah ditetapkan. Kepada pencarum yang ingin membuat pengeluaran boleh mengeluarkan wang minimum RM 50 sehingga maksimum RM 10,000.

Pembayaran akan menggunakan baki akaun 2, sekiranya tidak mencukupi, akaun 1 akan diakses.

Nota: Bayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat secara sekali bayar (One-off)

Tarikh Pembayaran 

Pihak KWSP telah mengemukan butiran maklumat tentang pengeluaran khas KWSP ini. Permohonan pengeluaran akan mula dibuka pada 1 April 2022 sehingga 30 April 2022. Permohonan terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan kebawah.

Manakala pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan mula di bayar pada 20 April 2022.

Tarikh Semakan Status Permohonan 

Kepada yang sudah membuat permohonan, semakan status permohonan boleh dibuat bermula pada tarikh 9 April 2022.

Kaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Untuk sedia maklum, pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar secara sekali bayar sahaja (One-off) melalui kredit terus ke akaun bank simpanan atau semasa ahli dan mereka hanya perlu memastikan akaun bank dalam keadaan aktif dan bawah nama sendiri. Pihak KWSP telah menetapkan kepada akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran khas KWSP ini, anda boleh terus menghubungi talian khas KWSP – 03 8922 4848 bermula 1 April 2022.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button