KWSPPengeluaran BersyaratPengeluaran Penuh

5 Pengeluaran KWSP Bersyarat : Boleh Dilakukan Secara Penuh

Terdapat 5 pengeluaran KWSP bersyarat kini boleh dilakukan untuk pengeluaran secara penuh kepada ahli yang memerlukan. Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu para pencarum untuk mengeluarkan wang mereka.

5 PENGELUARAN KWSP BERSYARAT

Ramai yang masih tidak tahu bahawa mereka dibenarkan membuat pengeluaran wang mereka sepenuhnya untuk tujuan peribadi tertentu. KWSP telah menyediakan 2 kategori kemudahan pengeluaran pada tahun ini.

Ahli boleh mengeluarkan wang mereka melalui akaun 1 dan akaun 2 secara bersyarat dan menepati terma yang telah ditetapkan. Pengeluaran secara penuh dan sebahagian boleh dilakukan setiap pencarum yang berkelayakan.

Pengeluaran ini adalah bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan 5 jenis pengeluaran penuh KWSP yang diluluskan untuk tujuan peribadi seperti di bawah.

1. PENGELUARAN KWSP BERSYARAT 55 TAHUN

Setiap ahli boleh melakukan pengeluaran kesemua simpanan KWSP mereka apabila mencapai umur 55 tahun. Hal ini kerana selepas mencapai umur matang 55 tahun, akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan.

Jika ahli membuat pilihan untuk melanjutkan kerjaya selepas umur 55 tahun, caruman yang dibuat selepas itu akan automatik dimasukan ke dalam akaun emas. Akaun tersebut hanya boleh diakses setelah ahli mencapai umur 60 tahun.

2. PENGELUARAN BERSYARAT KEHILANGAN UPAYA

Kemudahan ini penting untuk setiap ahli, mereka yang mengalami hilang upaya fizikal atau mental yang menjejaskan pekerjaan. Pengeluaran sepenuhnya simpanan KWSP dibenarkan dengan bukti surat pengesahan doktor.

Apa yang lebih menarik adalah ahli yang hilang upaya berhak menerima bantuan RM5,000 sebagai insentif khas untuk meringankan beban kewangan dalam menghadapi kesulitan.

3. MENINGGALKAN NEGARA

Kepada ahli yang merancang atau telah berhijrah ke negara lain dengan melepaskan atau melucutkan kewarganegaraan. Mereka boleh membuat pilihan untuk mengambil kesemua simpanan wang mereka dari KWSP.

4. PENGELUARAN KWSP BERSYARAT KEMATIAN

Sekiranya berlaku kematian kepada ahli, pengeluaran penuh KWSP boleh dilakukan. Bagi memastikan simpanan wang KWSP ahli dapat diserahkan kepada pewaris dengan mudah dan cepat, ahli wajib meletakan penama waris.

Jika ahli tidak meletakkan penamaan, simpanan mereka akan diuruskan sepenuhnya mengikut undang-undang dan mengambil masa. Penamaan waris amat penting bagi memudahkan pengeluaran simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia.

5. PEKERJA BERPENCEN DAN PESARA PILIHAN

Pekerja berpencen dan pesara pilihan juga boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka. Ahli yang berkhidmat di sektor awam berstatus pekerja berpencen dibenarkan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi seperti diatas, pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa. Panduan permohonan dan syarat kelayakan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Tahun 2023 terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada disediakan dan berkelayakan untuk kemukakan permohonan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button