KWSPPengeluaran BersasarPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Peribadi Yang Dibenarkan

PENGELUARAN KWSP PERIBADI DIBENARKAN

Untuk waktu ini, Pengeluaran KWSP peribadi kini dibenarkan bagi para pencarum yang mempunyai tujuaan seperti yang telah disenaraikan. Ramai yang tidak berpuas hati ekoran kesulitan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dalam akaun mereka.

Terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP untuk pengeluaran di AKAUN 2 KWSP.

Duit tersebut merupakan wang para pencarum sendiri yang terkumpul dalam tabung dan caruman yang dibuat melalui pengeluaran Akaun 2 KWSP masing-masing.

Untuk makluman, Pengeluaran Akaun 2 KWSP adalah bagi tujuan peribadi ahli sendiri seperti tujuan untuk membina rumah atau mengubah suai rumah untuk peribadi , pendidikan dan lain-lain perkara sebenarnya dibenarkan untuk mengeluarkan pengeluaran KWSP akaun 2.

Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 2

Seperti yang pihak KWSP telah disediakan anda boleh semak maklumat termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, panduan mohon duit pengeluaran akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi pada tahun ini.

Pengeluaran Ibadah Haji

Kemudahan ini bagi tujuan mengurangkan beban kos menunaikan haji, wang daripada akaun 2 anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan dan tujuan daftar dengan pihak Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran Beli Rumah

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri pertama sama ada melalui pembinaan baru , rumah subsale, rumah lelong atau beli melalui Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022.

Pengeluaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan kesihatan dan terlibat 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 KWSP bagi tujuan menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Pengeluaran Pendidikan

Bagi yang ingin menyampung pelajaran pengajian tinggi, perlu membayar yuran yang agak mahal untuk menikmati kemudahan Universiti pilihan.

Pihak KWSP telah memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk ahli menampung pengajian tinggi anak anda, jika kemudahan pinjaman PTPTN tidak dapat menampung.

Adakah Ahli Boleh Membuat Pengeluaran?

Untuk ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia yang telah dibenarkan seperti di atas, anda boleh membuat pengeluaran tersebut selagi mengikuti syarat yang telah ditetapkan.

Sila semak syarat dan cara mohon melalui portal rasmi KWSP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain daripada pengeluaran khas KWSP ini, terdapat pelbagai kemudahan telah disediakan khususnya bantuan berbentuk kewangan dari pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan pada tahun ini.

Untuk semakan senarai bantuan yang masih ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan untuk rujukan – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button