KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Jenis Pengeluaran KWSP Dibenarkan Mei 2023

Jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada waktu ini yang boleh pencarum membuat permohonan pengeluaran wang mereka. Untuk sedia maklum, baru-baru ini pihak kerajaan telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran melalui pembiayaaan fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) KWSP.

Mengikut maklumat, ramai ahli / pencarum tidak menyambut baik berkenaan program FSA2 ini kerana ia adalah berbentuk pembiayaan bukan pengeluaran khas seperti sebelum ini. Namun terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada bulan ini selagi menepati syarat kelayakan.

JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN PADA BULAN MEI

Untuk makluman, terdapat beberapa pengeluaran KWSP dibenarkan untuk pencarum. Pengeluaran boleh dilakukan sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Untuk pengetahuan umum, jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan ini boleh dimohon. Sila semak kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan di bawah.

PENGELUARAN MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, secara rasmi telah mencapai tempoh matang. Ahli boleh membuat pengeluaran penuh atau secara fleksibel bagi kesemua baki simpanan ahli.

Pengeluaran secara penuh untuk simpanan akaun 1 dan akaun 2 boleh dilakukan pada usia 55 tahun.

MENCAPAI UMUR 50 TAHUN

Kepada ahli / pencarum yang sudah mencapai umur 50 tahun dan ke atas, anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau kesemua simpanan dalam Akaun 2 KWSP. Ini adalah kemudahan sebagai persediaan untuk persaraan ahli.

PESARA BERPENCEN DAN PILIHAN

Pekerja berpencen bermaksud adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan mana-mana dibawah undang-undang bertulis. Yang menjelaskan pengambilan pekerja dalam perjawatan berpencen oleh kerajaan Malaysia.

Bagi kategori ini, pengeluaran dibenarkan dilakukan sekali sahaja sebelum mencapai umur 55 tahun setelah dibuka taraf pekerja berpencen.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP, sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan. Sila layari laman rasmi KWSP –DI SINI

INFO LANJUT

Selain kemudahan ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button