BANTUANBMT

Tarikh Bayaran Bantuan BMT RM800 Tahun 2023

Tarikh bayaran bantuan BMT atau lebih dikenali sebagai bantuan musim tengkujuh berjumlah RM800 akan diberikan secara berperingkat. Untuk sedia maklum, terdapat sebuah inisiatif yang dibayar kepada rakyat yang berkelaykan secara berfasa iaitu bantuan BMT.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan bersetuju untuk memberi insentif khas bantuan musim tengkujuh yang berjumlah RM800. Kepada mereka yang layak akan menerima bayaran selama tempoh empat (4) bulan pada kadar RM200 setiap fasa.

Apa yang menarik adalah jumlah bayaran telah dinaikan sebanyak RM800 berbanding sebelum ini RM600. Pemberian BMT ini adalah merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pekebun kecil / penoreh getah bagi membantu meringankan beban semasa musim tengkujuh.

Menerusi program khas ini, peruntukan sebanyak RM256 juta telah dikhaskan dan akan diberikan kepada kira-kira 320 ribu golongan yang berkelayakan menerima. Bantuan BMT dikendalikan sepenuhnya oleh pihak RISDA dan FELDA.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BMT

Berikut adalah jadual tarikh bayaran bantuan BMT berjumlah RM800 mengikut fasa seperti di bawah :

  • Fasa 1 (November 2022) RM200
  • Fasa 2 (Disember 2022) RM200
  • Fasa 3 (Januari 2023) RM200
  • Fasa 4 (Februari 2023) RM200

Nota : Pemberian bantuan musim tengkujuh ini hanya ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan pekebun kecil dan penoreh getah sahaja. Untuk semakan lebih terperinci sila ke laman utama BMT RISDA – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai untuk rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button