KWSPPengeluaran Penuh

Pengeluaran Penuh Simpanan KWSP Yang Dibenarkan Tahun Ini

Terdapat beberapa jenis pengeluaran penuh simpanan KWSP yang dibenarkan pada tahun ini kepada ahli yang menepati syarat kelayakan dan telah ditetapkan. Bagi pengetahuan umum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan kepada pencarum pada tahun 2023.

PENGELUARAN PENUH SIMPANAN KWSP

Untuk makluman, sebenarnya pencarum boleh membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP melalui akaun 2 dan 1 selagi menepati syarat dan terma. Pengeluaran melalui i-akaun KWSP dibenarkan untuk tujuan peribadi tersedia.

Kemudahan ini boleh dilakukan ahli KWSP yang memerlukan dan bersesuaian dengan jenis pengeluaran yang diluluskan. Antara kategori pengeluaran penuh simpanan KWSP yang boleh dilakukan adalah seperti berikut.

KEHILANGAN UPAYA

Bagi makluman, pengeluaran penuh simpanan KWSP boleh dilakukan oleh para pencarum yang kehilangan keupayaan secara fizikal dan mental. Kemudahan pengeluaran ini ditawarkan kepada semua ahli KWSP yang layak.

Bukan itu sahaja, KWSP akan memberian inisiatif tambahan berjumlah RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya bagi meringankan beban rakyat.

CAPAI UMUR 55 TAHUN

Sekiranya ahli / pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun, secara automatik layak untuk persaraan. Ahli boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan sendiri.

Caruman yang terima di dalam akaun 1 dan akaun 2 automatik akan digabungkan ke dalam akaun 55.

60 TAHUN

Bagi ahli yang memilih untuk terus bekerja setelah mencapai umur 55 tahun, caruman yang akan diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam sebuah akaun yang dikenali sebagai akaun emas.

Ahli boleh dan layak mengeluarkan wang simpanan apabila mencapai umur 60 tahun.

MENINGGAL DUNIA

Untuk pencarum meninggal dunia, pengeluaran KWSP boleh dilakukan oleh pewaris. Justeru pihak KWSP telah menggalakan ahli untuk membuat penamaan untuk membolehkan waris terdekat untuk mengeluarankan wang simpanan.

MENINGGALKAN NEGARA

Kepada ahli yang bercadang melucutkan atau melepaskan taraf kewarganeraan negara, mereka boleh membuat pengeluaran dari akaun 1 dan akaun 2 KWSP.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Bagi pengetahuan umum, permohonan pengeluaran ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tahun ini. Panduan lengkap cara permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untu dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button