FSA2KWSPPengeluaran Khas

FSA2 KWSP : Pencarum Boleh Keluarkan Simpanan Sebelum Hari Raya

FSA2 KWSP atau dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah merupakan kemudahan pembiayaan untuk pencarum yang ini membuat pengeluaran. Untuk makluman, lebih empat (4) juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkelayakan. Untuk memohon pengeluaran FSA2 KWSP sebelum hari raya.

PELANCARAN FSA2 KWSP

Program kemudahan pembiayaan fasiliti sokongan akaun 2 atau pembiayaan patuh syariah ini. Kini telah mula dibuka untuk permohonan bagi ahli KWSP bermula 7 April. Pembiayaan ini disediakan oleh institusi perbankan tanpa melibatkan sebarang unsur riba.

Untuk makluman, kadar faedah konvensional atau kadar keuntungan islamik. Kadar yang akan dikenakan oleh institusi perbankan adalah dijangka dalam kadar 4% – 5% setahun. Kadar dikenakan adalah lebih rendah dari kadar pasaran semasa bagi pembiayaan peribadi yang dikenakan pada sekitar 8 hingga 15 peratus.

AHLI KWSP BOLEH MENGELUARANKAN SEHINGGA RM50,000

Jumlah pembiayaan pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 bergantung kepada baki simpanan di dalam akaun 2 KWSP. Pemohon turut perlu memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

Pada waktu pendemik melanda negara ini, pengeluaran khas KWSP memang perlu dibenarkan kerana ia dalam keadaaan mendesak. Ramai yang kehilangan pekerjaan pada waktu itu, namum pada waktu ini  diharapkan dengan adanya kemudahan pembiayaan pengeluaran melalui fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) ini dapat membantu ahli yang ingin membuat pengeluaran.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli / pencarum KWSP yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan FSA2 KWSP ini, sila semak teliti syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan. Sila layari portal rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Nota : Permohonan FSA2 KWSP ini telah dibuka bermula 7 April 2023 untuk MBSB Bank, manakala bagi Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 15 April ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain kemudahan KWSP ini, terdapat pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya berbentuk bantuan kewangan. Kepada golongan sasar dan B40, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button