BANTUANBKMTarikh Pembayaran

BKM 2022 Fasa 1 : Panduan Kaedah Pembayaran Dan Semakan Untuk Penerima Secara Tunai

Berita gembira telah diumumkan oleh pihak Kerajaan baru-baru ini apabila yang ditunggu-tunggu Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 akan mula diagihkan pada tarikh 28 Mac 2022 secara berperingkat.

Penerima BKM yang layak akan mendapat bayaran sebanyak RM 100 sehingga RM 300 berdasarkan kelayakan kategori setiap penerima dalam pembayaran Fasa 1 BKM 2022.

Menurut pihak Kerajaan, bantuan BKM ini akan diterima kira-kira 4 juta isi rumah , 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta bujang di Malaysia.

Tarikh Bayaran Bagi Penerima Tiada Akaun Bank

Bagi penerima BKM 2022 yang tidak mempunyai akaun Bank di Semenanjung dan Sabah sabah sarawak, pembayaran akan mula diagihkan pada tarikh 30 Mac 2022. Untuk makluman umum, pembayaran bagi penerima secara tunai tanpa akaun bank akan dibuat hanya melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

Tarikh Pembayaran Rasmi BKM 2022 Fasa 1

Pembayaran BKM untuk semua kategori Fasa 1 (Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas) akan mula diberikan bermula pada tarikh 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022 yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat.

Kategori & Jumlah Bayaran

Di bawah telah disedikan maklumat berkenaan jumlah bayaran mengikut kategori BKM 2022 seperti berikut :

Kategori Bujang

  • Pendapatan di bawah RM 2,500 – Akan menerima jumlah pembayaran sebanyak RM 350

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan di bawah RM 2,500 – Tiada anak (RM 1,000), Mempunyai bilangan anak 1 – 2 (RM 1,500), Mempunyai bilangan anak melebihi 3 (RM 2,000)
  • Pendapatan dari RM 2,501 hingga RM 5,000 – Tiada anak (RM 400), Mempunyai bilangan anak 1 – 2 (RM 600), Mempunyai bilangan anak melebihi 3 (RM 800)

Kategori Warga Emas (Tiada Pasangan)

  • Pendapatan di bawah RM 2,500 – Akan menerima jumlah pembayaran sebanyak RM 600

Pemohonan Rayuan

Bagi yang status tidak lulus BKM 2022 jangan risau, anda boleh membuat rayuan permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu bermula 2 mei 2022. Anda perlu sertakan dokumen sokongan bagi tujuan semakan semula oleh pihak LHDNM.

Maklumat Lanjut

Selain dari BKM, anda juga perlu tahu pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu individu dan keluarga yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan –KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button