FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

FSA2 KWSP : Pengeluaran Bersyarat Serendah RM3,000 (2024)

FSA2 KWSP : Pengeluaran Bersyarat minimum serendah RM3,000 kini dibenarkan pada tahun 2024 kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk makluman umum, kemudahan skim istimewa ini telah mula dilaksanakan pada April tahun lalu.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FSA2

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Program pengeluaran khas bersyarat ini boleh dimoho sepanjang tahun ini kepada para pencarum KWSP.

Perlaksanaan pengeluaran KWSP melalui FSA2 ini akan dilancarkan secara 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kriteria kelayakan yang berbeza. Tujuan kemudahan skim khas ini diadakan adalah bagi membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP (FASA 1)

Pihak KWSP telah menetapkan kadar jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan bagi FSA2 KWSP fasa 1 iaitu serendah RM3,000. Manakala amaun maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah sehingga RM50,000 secara one-off.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak KWSP bagi pengeluaran serendah RM3,000 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP yang berumur 40 tahun dan belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank yang dimohon
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Minimum simpanan dalam akaun 2 serendah RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000 one-off.

CARA DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KWSP

Kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan, anda boleh kemukakan permohonan pembiayaan pengeluaran melalui FSA2 secara online. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – FSA2 KWSP

Untuk rujukan, terdapat 3 institusi perbankan yang terlibat dalam pengeluaran FSA2 KWSP fasa pertama ini iaitu seperti dibawah :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • MBSB Bank
  • CIMB Bank

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, individu perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan semasa permohonan dikemukakan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button